“Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.” Itu pendirian penyanyi rap juga anggota K-Clique, MK apabila ditanya mengenai fotonya dicium pipi oleh rakan lelaki, kembali diperkatakan.
Malah, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Amdan, 24, sekali lagi hanya menyerahkan kepada umum untuk memberi pandangan masing-masing.
“Terpulang kepada individu untuk ambil apa yang mereka lihat.
“Saya sendiri sudah penat untuk berikan komen. Tiada apa-apa kerana ia bukan satu isu bagi saya,” katanya.
Meminta untuk menghentikan perkara yang boleh menimbulkan fitnah, ini reaksi MK andai ada pihak yang seakan sengaja menyebarkan foto atau video yang boleh memberi pesepsi kurang enak tentang dirinya.
“Kalau rasa ia ‘content’ yang bagus, teruskanlah untuk kongsi. Cuma nasihat saya janganlah sampai perkara dikongsi itu boleh menimbulkan fitnah. Akan makan diri sendiri juga nanti.
“Kalau tidak ada perkara bagus untuk dikata atau dikongsi, lebih baik untuk diam.
”Cuma kalau ada pendapat, boleh lontarkan. Saya tiada masalah,” jelasnya lagi.
MK terdahulu ditemui pada Havoc Food Festival 3.0 yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam yang diadakan di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu.
Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 itu menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI