“Kalau Rasa Mampu Bertahan, You Stay,”- Ezlynn Ulas Kes Curang Dalam Rumah Tangga

Share

Mengenangkan isu mengenai curang sesama pasangan suami isteri yang hangat diperkatakan kini, Ezlynn yang berpisah dengan bekas suami, Adam Fahmy lebih dua tahun lalu ada memberikan komen.

Penyanyi Hi Hi Bye Bye ini membayangkan, kalau suami atau isteri masih belum berubah, jadi pasanganlah yang perlu mengambil langkah.

“Orang tak akan berubah, people will never change, people will do the same thing over and over again, you have to change meaning you have to be strong, change your life!

“Apa yang you perlu buat ialah, kena ubah benda itu. Tanya tanya diri you sendiri apa you nak dalam hidup atau you masih lagi nak hidup dalam keadaan kehidupan sedemikian,” katanya kepada MH.

Malah, penyanyi dari Ulu Kinta, Perak itu turut memberi nasihat dan kata-kata semangat rakan selebriti, Bella yang kini sedang bergelut dengan isu rumah tangga, sebagaimana yang diperkatakan ramai pihak.

“If you rasa nak happy, just do it sebab tak ada orang sekat you. Apa-apa pun you kena tanya dengan diri you sendiri dan hanya you sahaja yang boleh ubah hidup you tak ada orang lain.

“Kita tak tahu keadaan sebenar rumah tangga mereka macam mana, if you rasa tak boleh hidup macam tu, you kena ubah benda tu.

“Tapi kalau you rasa mampu untuk bertahan, you stay setakat mana yang you mampu,” jelas Ezlynn apabila diminta memberikan pandangan.

Terdahulu, Ezlynn telah ditemui pada di majlis pelancaran muzik video ‘Seloka Hari Raya’ yang turut membariskan di bawah naungan Warner Music Malaysia, di Hotel Royal Kuala Lumpur pada Selasa.

Antara artis lain yang terlibat dalam pembikinan muzik video ini ialah Andi Bernadee, Yasin Sulaiman, Kucaimars, Amir Hasan, Ajak Shiro dan ramai lagi.

Published by
Nazar Rafiqhi