Ada peminat yang sedia tahu Ruhainies masih belum bersedia memperkenalkan kekasih hati kepada umum, lalu menutup wajah si dia menggunakan emoji andai ada foto bersama yang dimuat naik ke laman sosial.
Malah, perkara tersebut sudah pun dijelaskan bintang Jejak Karmila itu sedari awal menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. E itu awal tahun lalu.
Bagaimanapun, kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena Munim pula dilihat melakukan perkara sama apabila mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah seorang lelaki yang belum diketahui identitinya itu.
Terdahulu, bintang yang mulai dikenali setelah muncul dalam drama bersiri, Hello, Mr. Perfect! itu sebelum ini difahamkan bakal mengakhiri zaman solo tidak lama lagi.
Setakat ini, belum ada penjelasan rasmi berkenaan hal tersebut yang dibuat Risteena serta siapakah gerangan lelaki di balik wajah yang ditutupi, menggunakan emoji berbentuk hati.
Foto: Instagram Risteena, Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nampaknya isu perkahwinan pelakon Izreen Azminda dan pemain muzik Gegar Vaganzar, Ude masih menjadi topik hangat sehingga ke hari ini.
Berita tersebut bertambah hangat dan menimbulkan pelbagai spekulasi apabila madu Izreen, Intan Liana tidak mengetahui perkahwinan mereka.
Terbaru, menerusi laman sosial Instagram Intan, dia ada berkongsi perasaanya yang sedang bersedih dan seolah-olah memendam perasaan.
Namun, MH tidak dapat pastikan apa sebenarnya yang terbuku di hati Intan.
Walaubagaimanapun, ramai pengikutnya dapat merasakan wanita itu sedang bersedih kerana terpaksa berkongsi suami dengan orang lain.
“This Is deep. We are born in one day. We die in one day. We can change in one day. And we can fall in love in one day. Anything can happen in just one day.” ayat yang tertera di gambar yang dimuat naik Intan.
Rata-rata pengikutnya memberi semangat buatnya dan berkata bukan senang untuk kita redha bila dikhianati.
Di Insta story juga Intan sempat berkongsi perasaannya. Dia juga berkata dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dilepaskan apa yang kini dia rasakan. Tapi dia memilih untuk diam dan pendam sampai mati.
Tidak terhenti di situ, Ude turut memuat naik gambar bersama hastag #sabar dengan kapsyen ‘Hebat permaian awak’ seolah-olah membidas seseorang.
Siapa Ude maksudkan dan apakah status yang dimuat naik itu ada berkaitan dengan masalah rumahtangga mereka?
Apapun MH harap masalah rumah tangga yang sedang bergolak ini dapat diselesaikan dengan baik.
Selagi tiada kenyataan rasmi dari mereka, speku ini hanyalah spekulasi. So korang jangan ambil serius.
Bagaiamanapun, MH juga harap mereka bertiga dapat berdamai dan hidup berpoligami dengan rukun dan aman.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau ibu sudah cantik, inikan pula anak gadisnya? Mungkin itulah kata yang sesuai diumpamakan buat si gadis manis bernama Nur Erysha Emyra Zakaria ini.
Erysha merupakan anak kepada pelakon drama senior, Noniswara.
Baru berusia 19 tahun, Erysha yang kini mempunyai lebih 19,000 pengikut di Instagram sering berkongsi foto selfie dan ootd.
Selain memiliki paras menawan, jangan tidak tahu bahawa si gadis manis ini pernah mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan SPM yang lalu.
Selain Erysha, Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Naveer Mihshon Zakaria, 22 dan Nazeer Danish, 10.
Jom ‘usha’ beberapa foto gadis ini yang diambil menerusi Instagram;
Pelakon terkenal Fattah Amin melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi kerjasama ini, Fattah mengajak semua pelajar sekolah menengah terutama calon SPM untuk menyertai sesi percubaan secara percuma yang dianjurkan oleh PTTI.
Sesi percubaan ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berkesan.
Fattah Amin, yang dikenali dengan pengaruh positif dalam kalangan peminat muda, melihat ini sebagai satu peluang untuk menyumbang kepada komuniti dan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan.
“Sesi percubaan secara percuma ini adalah satu langkah penting untuk membantu mereka memahami potensi sebenar mereka dalam akademik.
“Adik-adik yang baru lepas percubaan SPM itu mesti sedang risau sebab mak ayah bagi harapan tinggi pada SPM yang akan datang ini. Jadi, dua bulan lagi tinggal untuk mereka menduduki SPM. Apa yang perlu dibuat?
“PTTI ada program khas selama tiga bulan yang ‘cover’ semua topik dan teknik untuk menjawab. Kalau nak tahu, PTTI adalah pusat yang melahirkan ramai pelajar cemerlang. Malah, ada yang dapat gred G bertukar kepada gred A.
“Sekarang ini, saya bersama PTTI nak bagi sesi percubaan secara percuma. Caranya mudah saja iaitu DM terus ke akaun PTTI online.
“Mereka juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Axia. Tempat ini terhad kepada 1000 orang sahaja,” katanya.
PTTI menawarkan pelbagai kursus dan modul pembelajaran yang direka khas untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Dengan sokongan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, sesi percubaan ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai cara PTTI berfungsi dalam membimbing pelajar mencapai kejayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, pihaknya amat teruja dengan kerjasama bersama Fattah Amin.
“Fattah bukan sahaja seorang selebriti yang dihormati, tetapi juga seorang yang bersemangat dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda.
“Kami berharap lebih ramai pelajar akan memanfaatkan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh PTTI,” katanya.
Pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mendaftar sesi percubaan percuma ini boleh melayari laman web rasmi PTTI atau menghubungi pihak pentadbiran untuk maklumat lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini