Kalau Ruhainies Tutup Wajah Kekasih, Risteena ‘Sorok’ Wajah Siapa Pula Tu?

Share

Ada peminat yang sedia tahu Ruhainies masih belum bersedia memperkenalkan kekasih hati kepada umum, lalu menutup wajah si dia menggunakan emoji andai ada foto bersama yang dimuat naik ke laman sosial.

Malah, perkara tersebut sudah pun dijelaskan bintang Jejak Karmila itu sedari awal menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. E itu awal tahun lalu.

Bagaimanapun, kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena Munim pula dilihat melakukan perkara sama apabila mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah seorang lelaki yang belum diketahui identitinya itu.

Terdahulu, bintang yang mulai dikenali setelah muncul dalam drama bersiri, Hello, Mr. Perfect! itu sebelum ini difahamkan bakal mengakhiri zaman solo tidak lama lagi.

Setakat ini, belum ada penjelasan rasmi berkenaan hal tersebut yang dibuat Risteena serta siapakah gerangan lelaki di balik wajah yang ditutupi, menggunakan emoji berbentuk hati.

Foto: Instagram Risteena, Ruhainies

Published by
MH