Pelakon, Nad Zainal akui tidak dapat menahan geram dan amarahnya saat menonton filem yang kini sedang hangat diperkatakan ramai iaitu Ipar Adalah Maut.
Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia sendiri tidak dapat membayangkan perasaannya sekiranya dia diberikan tanggungjawab untuk membawakan watak isteri di dalam filem tersebut.
“Ya Allah, nak kena bertaubat. Banyak sangat sumpah seranah dan makian dikeluarkan lepas tengok ni tadi.
“Cuma kalau sayalah bawa watak isteri tu tadi, laki tu memang dah lunyai dekat area dapur.
“Tak sempat masuk bilik jumpa gelang. Tak sempat. Tu je aku cakap. Silap-silap berkecai dah dekat ruang tamu tu,” tulisnya.
Perkata itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Pada masa sama, Nad turut memuji kualiti lakonan dan tahap profesionalisme yang ditunjukan oleh tunjang utama filem berkenaan iaitu Michelle Ziudith yang berjaya membawakan wataknya dengan sangat baik.
“Emosi ya. Nasiblah yang bawa watak isteri tu pun memang sejenis lemah lembut tapi kalau kita, hmm tidaklah. Terkeluar character terus
“Boleh migrain tengok ni. Tak boleh fikir,” kongsinya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan perasaan yang sama selain turut memuji kualiti filem daripada negara jiran yang sarat dengan pengajaran itu.
“Best betul dan emosi habis. Perkara ini juga berlaku dalam masyarakat kita.
“Saya sangat memuji produksi Indonesia untuk naskah ini. Sesuatu yang luar kotak. Realiti dan menusuk kalbu.
Ads
“Kita kalau tengok drama yang Nad Zainal mengamuk mengamuk, mesti best. Kita suka.
“Boleh bayang ya kalau Nad yang berlakon. Rasanya lagi puas tengok.
“Mohon buat movie ini versi Malaysia. Nad Zainal jadi Nisa. Geram pula tengok,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Ipar Adalah Maut merupakan filem yang diadaptasi daripada kisah benar arahan pengarah terkenal, Hanung Bramantyo.
Filem ini baru sahaja memasuki platform penstriman Netflix di Malaysia dan kini menduduki carta nombor satu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, pelakon asal Brunei, Nina Iskandar selamat bergelar isteri kepada penolong pengarah, Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah April lalu.
Menerusi mStar Online, pasangan berkenaan sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga empat bula lalu dalam sebuah majlis sederhana.
“Nina dan suami berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.
“Jadual penggambaran yang padat sehinggakan majlis resepsi itu diadakan pada bulan ini,” seperti yang dipetik dari pihak pengurusan MIG Metrowealth.
Lalu, pasangan ini turut melangsungkan sebuah majlis diadakan di Forest Valley Hall, Cheras, pada Ahad ia turut diraikan dengan kehadiran rakan selebriti, seperti Amyra Rosli, Ayda Jebat, Puteri Aishah, Sissy Imann dan ramai lagi.
Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun bercerai pada Februari lalu.
Nina turut berkongsi suasana sekitar majlis yang dikongsikan tetamu yang hadir menerusi Insta Storie miliknya.
Foto: Instagram David Teo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, menerusi segmen Suria Petang di Suria FM, penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah ada membincangkan topik perasaan hasad dengki sesama adik-beradik bersama pendengar.
Menerusi segmen yang ke udara Khamis lalu itu, Shahirah ada mendedahkan dia tak pernah menyimpan perasaan hasad dengki terhadap adiknya yang juga merupakan pelakon, Sharifah Sakinah.
Ujar pelakon berusia 45 tahun ini, hubungannya bersama Sakinah lebih daripada seorang adik.
“Saya dengan Sakinah tak pernah ada rasa dengki sebab umur kami dua jarak jauh.
“Lagi satu saya dah anggap Kinah ni macam anak saya sendiri. Tak layan dia macam adik pun, masa kecil saya yang tukar lampin dia semua jadi dah layan dia macam anak.
“Jadi memang tak ada nak dengki ke, cemburu ke dengan dia walapun dia lah yang paling kaya sekarang,” kongsi Shahirah.
Sekadar informasi, kakak mereka, Sharifah Haslinda juga sebelum ini merupakan seorang pelakon dan cukup aktif di drama televisyen pada era 90-an.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang senior, Noorkumalasari telah diundang menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara, Next To Neelofa pada Khamis lalu di saluran Astro Ria.
Menerusi program yang dihoskan oleh pengacara, Neelofa itu, aktres terkenal sekitar era tahun 80-an ini ada berkongsi kisah hidupnya bersama penonton.
Dalam pada itu, Noorkumalasari ada memberitahu kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat apabila ditanya Neelofa mengenai perkembangan Anita Sarawak.
“Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya.
“Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya.
“Baru-baru ini, dia telefon dan bercakap dengan Abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah.
“Perkara yang saya tahu daripada perbualan kami sebelum ini ialah kini mereka melakukan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah jadi mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat.
“Tapi saya tak tahu mereka masih berpindah-randah dengan Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka,” jawab Noorkumalasari.
Terdahulu, penyanyi Anita Sarawak telah menghilangkan diri secara tiba-tiba dan semakin menyepi daripada industri hiburan tanah air kira-kira 10 tahun yang lalu.
Gambar: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Tomok menegaskan soal kebajikan pekerja merupakan perkara utama yang harus dititikberatkan buat semua majikan tidak kiralah dari kalangan artis mahupun orang biasa.