Hiburan

“Kalau Saya Bawa Watak Isteri, Terkeluar Karakter Terus,” – ‘Ipar Adalah Maut’ Buat Nad Zainal Emosi

Share

Pelakon, Nad Zainal akui tidak dapat menahan geram dan amarahnya saat menonton filem yang kini sedang hangat diperkatakan ramai iaitu Ipar Adalah Maut.

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia sendiri tidak dapat membayangkan perasaannya sekiranya dia diberikan tanggungjawab untuk membawakan watak isteri di dalam filem tersebut.

“Ya Allah, nak kena bertaubat. Banyak sangat sumpah seranah dan makian dikeluarkan lepas tengok ni tadi.

“Cuma kalau sayalah bawa watak isteri tu tadi, laki tu memang dah lunyai dekat area dapur.

“Tak sempat masuk bilik jumpa gelang. Tak sempat. Tu je aku cakap. Silap-silap berkecai dah dekat ruang tamu tu,” tulisnya.

Perkata itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Pada masa sama, Nad turut memuji kualiti lakonan dan tahap profesionalisme yang ditunjukan oleh tunjang utama filem berkenaan iaitu Michelle Ziudith yang berjaya membawakan wataknya dengan sangat baik.

“Emosi ya. Nasiblah yang bawa watak isteri tu pun memang sejenis lemah lembut tapi kalau kita, hmm tidaklah. Terkeluar character terus

“Boleh migrain tengok ni. Tak boleh fikir,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan perasaan yang sama selain turut memuji kualiti filem daripada negara jiran yang sarat dengan pengajaran itu.

“Best betul dan emosi habis. Perkara ini juga berlaku dalam masyarakat kita.

“Saya sangat memuji produksi Indonesia untuk naskah ini. Sesuatu yang luar kotak. Realiti dan menusuk kalbu.

“Kita kalau tengok drama yang Nad Zainal mengamuk mengamuk, mesti best. Kita suka.

“Boleh bayang ya kalau Nad yang berlakon. Rasanya lagi puas tengok.

“Mohon buat movie ini versi Malaysia. Nad Zainal jadi Nisa. Geram pula tengok,” antara komen-komen netizen.

Sekadar informasi, Ipar Adalah Maut merupakan filem yang diadaptasi daripada kisah benar arahan pengarah terkenal, Hanung Bramantyo.

Filem ini baru sahaja memasuki platform penstriman Netflix di Malaysia dan kini menduduki carta nombor satu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
Aizam Manaf