Semalam, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida muat naik fotonya bersama anak Datuk Aliff Syukri iaitu Yusoff AlQardawi.
Namun, apa yang menarik perhatian apabila usahawan itu melahirkan hasrat untuk mendapat anak lagi.
“Kalau saya dapat baby lagi…mesti enchem macam Yusoff AlQardawi,” tulisnya.
Di ruangan komen, ramai yang menasihatkan agar penyanyi lagu I Am Me itu mengambil anak angkat.
Sebelum itu juga, Vida ada memuat naik video menunjukkan imbasan ultrasound namun ia hanyalah menunjukkan degupan jantungnya sahaja.
Turut ada di dalam video tersebut adalah anaknya, Cik B yang kelihatan acuh tak acuh melayan ibu itu.
Pada MH, bernas juga cadangan netizen itu. Mungkin Vida boleh pertimbangkan?
Foto/Instagram: Datuk Seri Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sedap Suara Anak Sis…”- Puji Netizen Bila Anak Shiera Ijoy Pandai Menyanyi, Ikut Jejak Bapanya Vokalis Black Dog Bone?
Terbaru, pelakon dan pengacara senior, Sharifah Shahirah atau sinonim dengan sapaan Sheira Ijoy telah menyambut hari ulang tahun kelahiran anaknya, Alisya.
Semasa sambutan hari ulang tahun kelahiran anaknya itu, Shiera telah merakamkan ketika anaknya menyanyi dan memuat naik video tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Bila anak nyanyi mak yang lebih Excited
@tallisya72 Besok kita tanya busker mi sapa…mana ig dia” tulisnya.
View this post on InstagramBila anak nyanyi mak yang lebih Excited @tallisya72 Besok kita tanya busker mi sapa…mana ig dia
A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Lantas, video tersebut mendapat perhatian netizen kerana melihat Alisya menyanyi yang penuh berbakat dan sedap.
Alisya sebelum ini juga sering kali berkongsi mengenai minatnya terhadap nyanyian oleh si ibu.
Alahai, lunak betul suara Alisya. Mana tahu suatu hari nanti boleh ikut jejak langkah ayahnya dan menjadi seorang penyanyi yang terkenal dan berbakat.
Untuk rekod, Alisya merupakan cahaya mata Shiera hasil perkahwinan yang terdahulu bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone.
Pasangan ini bercerai pada tahun 1999. Alisya kini menyambut hari kelahirannya yang ke 21.
Video : Instagram Shiera Ijoy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pelajar SPM Zaman Sekarang Cukup Beruntung…,” – Aplikasi Pemudah Cara, MK K-Clique Akui Kaedah Belajar Kini Ke Depan
Anggota kumpulan K-Clique, MK berasa bangga apabila pusat tuisyen dan peningkatan akademik, PTTI kini mempunyai aplikasi pembelajaran khas atas talian sendiri.
Menurut MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin para pelajar khasnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beruntung kerana kemudahan aplikasi memudahkan proses pembelajaran.
Aplikasi yang mencipta sejarah baru buat PTTI itu dirasmikan mentor usahawan terkenal, Datuk Wira Dr Azizan Osman, baru-baru ini.
“Pelajar SPM zaman sekarang boleh saya katakan cukup beruntung kerana kehadiran aplikasi pembelajaran khas ini menjadi medium terbaik untuk memudahkan proses mencari dan menambah ilmu.
“Tambah pula dalam keadaan di mana kita sedang membiasakan corak menuntut ilmu atas talian secara total kerana situasi semasa pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.
“Bagi saya juga, corak pembelajaran dulu dan sekarang pasti ada beza. Kita sentiasa bergerak mengikut perubahan zaman dan arus semasa.
“Jujur memang saya sedikit mencemburui pelajar SPM saat ini kerana mereka boleh belajar dan mengakses ilmu bila-bila masa dan di mana saja dengan aplikasi ini,” katanya.
MK dilantik menjadi duta PTTI sejak Februari lalu menggantikan Mira Filzah.
Dia yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang didudukinya pada tahun 2013 turut memuji usaha PTTI kerana hadir aplikasi berkenaan.
“Apa yang saya lihat dan boleh rumuskan aplikasi pembelajaran khas atas talian ini sangat ke depan. Ia seiring dengan norma baharu kita lalui sekarang di era pandemik.
“Saya yakin aplikasi ini akan jadi sesuatu yang sangat membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
“Dengan ciri antara muka pengguna yang menari serta ‘mesra’ ia mampu menarik minat pelajar untuk memahami input yang dikongsi. Guru di PTTI juga boleh mengajar dengan interaktif sekali gus memudahkan proses penerimaan ilmu untuk pelajar.
“Terbukti selama ini pelajar yang dibantu PTTI berjaya mendapat keputusan cemerlang dan membanggakan,” katanya lagi.
Untuk rekod, MK mendapat 5A dan 3B dalam SPM seterusnya pernah menuntut dalam pengajian diploma bidang perniagaan di UiTM, Kota Kinabalu, Sabah.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata mereka tidak boleh terkebelakang dalam hal pendidikan.
“Aplikasi pembelajaran atas talian ini dibangunkan staf PTTI sendiri sejak akhir tahun lalu. Kita berasakan selepas lebih lima tahun memacu dunia pendidikan terutama untuk calon SPM termasuk situasi tak terduga pandemik ini, perlu ada alternatif baru belajar yang tak terduga.
“Justeru lahirlah idea aplikasi ini. Kita juga mahu meneruskan kelangsungan membantu lebih ramai lagi pelajar SPM meningkatkan gred dan keputusan cemerlang secara atas talian,” katanya.
Tambah Cikgu Fana lagi, aplikasi terbabit dilancarkan sebagai usaha untuk mewujudkan ruang pembelajaran khas bagi pelajar SPM.
“Kita yakini aplikasi ini mampu terus mencakna perubahan iklim pembelajaran semasa saat ini.
“Pelajar SPM juga boleh belajar secara atas talian menerusi aplikasi terbabit. Malah mereka juga dapat menonton ratusan video ulang tahun teknik dan skil belajar secara percuma,” katanya.
Menerusi pelancaran aplikasi itu juga pelajar SPM boleh melayari aplikasi www.MampuSkorSPM.com untuk memuat naiknya secara percuma.
“Pelajar juga boleh memuat turun aplikasi ini sama ada di App Store untuk pengguna Iphone atau Playstore (android).
“Ini masanya untuk pelajar SPM terutama calon peperiksaan itu mengakses ilmu dan dapat belajar percuma dengan aplikasi ini tak kira di mana saja anda berada,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Tinggal Satu Episod Pun,” – Kisah Cinta Kita Sukses Trending Nombor Satu, Datuk A Aida Cuba ‘Propose’ Musim Kedua
Penerbit terkenal, Penerbit Datuk A Aida bersyukur apabila episod akhir drama terbitannya, Kisah Cinta Kita (KCK) yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 trending nombor satu di Twitter.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, A Aida menjelaskan, atas sambutan baik yang diterima, dia merancang untuk menerbitkan KCK musim kedua selepas ini.
“Allhamdulillah, thank you pada semua peminat KCK. Insya-Allah kita cuba propose KCK2, hopefully @dramasangat @khai_salleh bagi green light,” tulisnya ringkas.
Meninjau menerusi ruangan komen pada hantaran terbabit, para peminat turut meninggalkan reaksi positif terhadap drama yang didukung Aedy Ashraf dan Amelia Henderson itu.
Rata-ratanya memuji dan menyambut baik perancangan pemilik rumah produksi A Aida Production Sdn Bhd itu untuk menerbitkan musim kedua drama rantaian berkenaan.
“Tahniah dan terima kasih Datuk dan semua yang terlibat for this great drama,” tulis peminat.
“Tahniah… Tak pernah tinggal satu episod pun cerita ni. Pukul 6 dah start duduk depan TV lepas tu solat Maghrib, sambung tengok sampai pukul 8. Memang terbaik cerita ni. Harap-harap ada sambungan untuk sesi kedua,” reaksi salah seorang peminat.
“Tahniah… best sangat cerita ni. Dah ulang-ulang tengok setiap episod dekat 20 kali pun still tak boring,” puji peminat lainnya.
“Terima kasih Datuk A.Aida untuk naskhah yang sarat dengan pengajaran, kekeluargaan dan cinta ni. Tak sabar nak tunggu KCK 2 pula,” komen peminat.
“Tahniah Datuk dan semua team #kisahcintakita. Thank you so much sebab berjaya buat penonton kembali pada malay drama. Semalam hingga malam ni memang trending letups,” antara komen lain yang tertera.
“Drama Melayu pertama yang saya tengok sampai repeat all episodes berkali-kali. Congrats Datuk berjaya mencuri hati penonton dan all the best for KCK 2,” tulis peminat.
Selain Aedy dan Amelia, KCK turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maria Farida, Khaty Azean dan Ikmal Amry.
Sementara lagu tema drama ini dinyanyikan Usop berjudul Sejarah Cintaku serta dua lagi lagu lain iaitu Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Suip dan Ernie Zakri) dan Duri (Ahmad Syafiq).
Drama bersiri tersebut sebelum ini bersiaran selama 28 episod bermula 26 November lalu di TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam.
Penonton juga boleh menyaksikannya di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI