Sering kali ditawarkan membuat persembahan tanpa kehadiran anggota kumpulan Boboy yang lain, membuatkan vokalisnya, Naqiu tampil dengan pendiriannya sendiri selepas ini.

Menurut Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, dia akan menolak mana-mana tawaran yang mana hanya ingin menggunakan khidmatnya sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan dalam Boboy.

“Perkara ini memang dah lama kami pendam sebab kami selalu tak dapat peluang untuk bermain sebagai sebuah band.

“Kalau Saya Di Tempat Mereka Pun, Akan Terasa Hati,” – Naqiu Letak Syarat, Tak Kan Perform Tanpa Boboy “Kalau Saya Di Tempat Mereka Pun, Akan Terasa Hati,” – Naqiu Letak Syarat, Tak Kan Perform Tanpa Boboy

“Sebelum ini saya sering dipanggil untuk buat persembahan nyanyi lagu Boboy tapi main dengan pemuzik lain.

“Kiranya macam saya dah salah guna nama Boboy itu. Walaupun abang-abang saya (ahli kumpulan Boboy) cakap ini rezeki saya tapi takkan mereka tiada tempat untuk tunjukkan apa yang mereka nak tunjuk (main muzik).

Ads

“Kalau saya di tempat mereka pun, saya akan terasa hati. Saya tak faham, kenapa terima kami sebagai sebuah band tapi tak nak panggil kami satu kumpulan untuk bermain secara live,” katanya kepada MH.

Naqiu ditemui pada majlis pradengar single terbaharu Boboy, Tetap Bersama yang diadakan di Tropical Klup Restaurat & Bar, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai ‘comeback’ Boboy, Naqiu berkata lagu tersebut merupakan hadiah bagi mengubati kerinduan dan penantian peminat mereka selama ini.

“Kalau Saya Di Tempat Mereka Pun, Akan Terasa Hati,” – Naqiu Letak Syarat, Tak Kan Perform Tanpa Boboy “Kalau Saya Di Tempat Mereka Pun, Akan Terasa Hati,” – Naqiu Letak Syarat, Tak Kan Perform Tanpa Boboy “Kalau Saya Di Tempat Mereka Pun, Akan Terasa Hati,” – Naqiu Letak Syarat, Tak Kan Perform Tanpa Boboy

Ads

“Lagu Tetap Bersama ini diterbitkan dengan mengekalkan elemen atau ‘signature’ lagu-lagu lama kami.

“Secara tak langsung, lagu ini dekat dan relevan dengan peminat. Kami tidak mahu identiti dan memori yang melekat tentang jenama dan perjuangan Boboy berubah hanya kerana kami mahu mencuba sesuatu yang baru untuk projek ‘reunion’.

“Kami mahu peminat masih dapat mengaitkan lagu ini dengan lagu-lagu Boboy yang pernah mereka kenal 20 tahun dulu.

“Cuma, susunan dan penerbitannya saja lebih matang dan moden, seiring dengan perubahan masa,” kata Naqiu mewakili ahli kumpulan yang lain.

Ads

Selain Naqiu, Boboy yang pernah mencetuskan fenomena pada awal era 2000 turut dianggotai Shah selaku gitar utama, Didi (pemain bass) dan Dzul (pemain dram).

Lagu Tetap Bersama dilancarkan di semua platform penstriman muzik digital bermula 22 Julai lalu. Ia merupakan lagu ciptaan Naqiu manakala liriknya pula dihasilkan oleh Wit dan Mohsen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Boboy, Naqiu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI