Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira ada berkongsi rasa hati sejak awalnya penglibatan dalam seni hingga kini.

Bercerita mengenai sisi peribadinya menerusi saluran YouTube Gegar di segmen Begitu Begini DJ Nazz, bintang Sembilu ini turut berkongsi mengenai sisi jatuh dalam kehidupannya, khasnya dalam soal rumah tangga.

“Bagi saya fasa jatuh tu bila kita kecundang dalam rumah tangga atau sebagainya. Susah kita siapa yang tahu? Kita bukannya nak pamerkan atau apa. Jadi, ada sisi-sisi jatuh saya.

“Orang yang dekat dengan saya tahulah, sisi jatuh saya di mana,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

Ditanya lanjut mengenai soal perpisahan dalam rumah tangga sebagai suatu kegagalan atau bagaimana? Erra punya jawapannya sendiri.

“Kegagalan, sudah tentu. Akan tetapi apabila bercakap mengenainya, dalam hidup ni ada macam-macam fasa. Tetapi kegagalan dalam rumah tangga itu bukanlah kegagalan dalam hidup. Kegagalan rumah tangga tetapi hidup perlu diteruskan.

Ads

“Jadi satu-satu kegagalan itu saya tidak pandangnya sebagai satu pengakhiran dunia. Kalau saya gagal bercinta, gagal dalam rumah tangga kalau di masa hadapan masih ada peluang, Allah nak bagi saya bercinta lagi ke saya tidak kata saya fobia atau putus asa.

Ads

“Kegagalan itu bukanlah bermakna gagal segala-galanya, tidak. Lagi pula itu adalah proses untuk saya belajar menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya. Saya menghargai setiap titik jatuh bangun itu,” jelas Erra lagi.

Erra pada masa turut mengakui dia banyak belajar dan menghargai segala apa yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini untuk menjadi insan yang lebih matang.

Foto: Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI