Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida ada berkongsi video pendek yang merakamkan dirinya sedang berbual-bual bersama pembantu, yang dikenali sebagai Ghazi.
Menariknya, Shahida menerusi ruangan kapsyen di Instagram, wanita yang sedang berbadan dua ini mendedahkan sebab dia mengambil lelaki berkenaan sebagai pembantu peribadinya.
“Orang tanya saya kenapa saya ambik @ghazi_ml jadi pa..sebab dia mudah dan cepat faham karenah saya.
“Kalau saya nak makan apa2 cepat dia cari….part paling best dia suka buat lawak,” tulisnya.
Malah, Shahida turut mengusik pembantunnya, berseloroh agar anak yang dikandung tidak terkenankan perangai tersendiri Ghazi.
“Saja saya usik dia nanti kalau saya bersalin harap2 anak saya tak terkenan perangai bangsawan dia,” pintanya.
Untuk rekod, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Pasangan usahawan selebriti ini juga turut mengambil seorang anak angkat.
Foto: Instagram Ghazi/Datin Seri Nur Shahida