“Kalau Saya Nak Visit Kubur Ayah Seorang Diri Sekejap Boleh Ke?” – Terlalu Rindu, Ini Tanya Farahdhiya

Share

Tanggal 9 Januari lalu, menjadi tarikh sedih buat pelakon dan penyanyi, Farahdhiya apabila bapanya, Mohd Amin Zubir menghembuskan nafas terakhir. 

Lantas, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu berkesempatan menziarahi pusara bapanya kerana terlalu merindui arwah.

Rindu Dada. Dah berapa hari tak dapat borak dgn Dada sebab busy dgn kerja, then suddenly kene movement restriction.

“Saya rakyat yg sentiasa menyokong kerajaan utk mengelakkan benda menjadi lebih buruk.

Tapi saya ada 1 soalan, kalau saya nak pegi visit kubur ayah saya sorang diri sekejap boleh ke? Rindu sgt. Please siapa2 yg boleh jawab let me know.

“I shall accept a yes or a no,thank you,” tulisnya.

Terdahulu, arwah, 68, menghidap masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiat merokok, sejak lima tahun lalu.

 Foto : Instagram Farahdhiya

Published by
Amynur Akmal