Pelakon, Ieda Moin menzahirkan rasa syukur apabila hasil keputusan ujian saringan Covid-19 menunjukkan dirinya negatif.
Ieda atau nama sebenarnya, Siti Haida Abd Moin berkongsi berita gembira itu di Instagram selepas menjalani ujian saringan bersama pasukan produksi drama Sang Pewaris beberapa hari lalu.
“Alhamdulillah. Amin, segalanya dipermudahkan buat pasukan Sang Pewaris. Keputusan ujian saringan Covid-19 Cikda dan seluruh pasukan, negatif,” tulisnya.
Malah bintang ini turut memuat naik keputusan ujian yang dikeluarkan oleh sebuah hospital swasta terbabit.
Terdahulu, Ieda ada berkongsi video yang menunjukkan dia sedang menjalani proses ujian saringan berkenaan.
Video berdurasi lebih seminit itu merakamkan gelagatnya yang takut-takut untuk menjalani ujian saringan.
“Macam mana doktor nak buat? Saya ikut doktor tau… Kalau saya terperanjat macam mana doktor sebab saya ni termelatah,” kata Ieda lalu ditenangkan petugas kesihatan.
“Alhamdulillah, kami semua di set Sang Pewaris menjalankan ujian saringan Covid-19 dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” itu katanya pada ruangan kapsyen video terbabit.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Berniat Mahu Khatam Al-Quran…,” – Kali Ketiga Dijemput Ilahi Ke Tanah Suci, Datin Alyah Letak Tepi Hal Peribadi
Penyanyi dan ushawan, Datin Alyah yang bakal berangkat ke tanah suci, pada esok hari mengakui pemergiaannya kali ini membawa 1001 rasa yang bercampur baur.
Tidak hanya mahu mendoakan akan kesejahteraan dirinya semata, malah penyanyi yang kini popular menerusi lagu Jutaan Purnama itu sudah pasang niat mahu mendoakan yang terbaik selain turut bercita-cita mahu khatam al-Quran di tanah suci.
“Ini merupakan kali ketiga saya dijemputNya ke sana bagi menunaikan umrah dan kali ini, saya berniat mahu khatam Al-Quran bila berada di sana nanti, insyAllah…
“Alhamdulillah, mohon juga dipermudahkan segalanya. Maafkan salah silap dan semoga kita menjadi individu yang lebih baik, positif,” katanya ketika dihubungi MH.
Ditanya apakah doanya di hadapan kaabah nanti, penyanyi asal Gelang Patah, Johor itu tiada apa yang mahu dipintanya selain kesejahteraan diri, keluarga dan sahabat handai.
“Sudah pasti saya mahu doakan dan bermohon yang terbaik dariNya, juga buat keluarga serta kawan-kawan. Sokongan dan galakan mereka dari awal hingga kini begitu menyentuh hati. Soal peribadi atau sebarang cerita sensasi saya tinggalkan, hanya mahu fokus dan tunai umrah dengan hati yang tenang. Doa-doakan,” katanya lagi.
Terdahulu, Alyah turut menukilkan coretan di Instagram semperna pemergiaannya ke sana.
“Gambar ini di Ambil 7 tahun lepas Semasa umrah saya yg ke 2.Gambar yg menyimpan beribu kenangan terindah diberi oleh Allah swt.
“Dan Esok saya akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.Kepada semua keluarga,saudara mara,sahabat handai,peminat jg pengikut dan sesiapa saja yg mengenali saya.
“Serendah rendah hati saya memohon ke ampunan atas segala salah silap saya dan atas segala apa pun jenis kekurangan yg datang dari saya.Harap dapatla dimaafkan.
“Saya juga meminta dihalakan apa pon yg termakan terminum atau terambil. Terima kasih semua. Yg buruk itu dari saya dan sempurna itu hanya dari Allah SWT, tulis Alyah panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on
Semoga Alyah dan para rombongan lain dipermudahkan dan moga mendapat umrah yang mabrur, amin.
Foto: Instagram Datin Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayu Damit Syukur, Tak Sangka Bisnes Jual Kek Pisang Menjadi – “Suami Yang Nak Makan, Jadi Saya Belajar Dari YouTube.”
Penyanyi Ayu Damit mendedahkan bisnes Kek Pisang yang diusahakan kini berlaku secara tidak dirancang.
Ayu, 32 atau nama sebenarnya, Norayu Damit berkata, perkara tersebut tercetus apabila suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin teringin untuk makan kek pisang hasil air tangannya sendiri.
“Idea nak jual kek pisang terjadi secara tak sengaja sebab pada awalnya, suami yang teringin nak makan. Jadi saya fikir mengapa tak buat buat sendiri dan mulai cari cara penyediaannya menerusi Google dan YouTube.
“Saya cuba buat dan kebetulan, rakannya ada datang rumah dan saya pelawa mereka untuk sama-sama rasa. Lalu, mereka ada cadangkan mengapa tidak jual sebab katanya sedap. Keesokannya harinya, saya cuba buat lagi untuk tambah baik resipi,” katanya.
Penyanyi yang kini muncul menerusi single Pertama ini menambah, respon baik yang diterima secara tak langsung buat dirinya lebih semangat.
“Saya jual sebiji RM25 dengan anggaran berat satu kilogram. Saya mula bisnes ini lebih sebulan lalu dan sehingga kini, ia sudah terjual hampir 200 biji kek.
“Paling banyak saya boleh buat dalam 20 biji sehari, bergantung kepada berapa orang yang tempah. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik, cuma saya berehat beberapa hari sebelum ini saya berehat kerana kematian bapa.
“Boleh dikatakan ini bisnes baru, apatah lagi dengan situasi semasa pun aktiviti seni agak terbatas. Jadi mengapa tidak untuk saya ‘selit’ ikhtiar ini untuk tambah rezeki.
“Kalau nak diikutkan, ini bisnes kelima yang saya usahakan dari rumah selepas cili jeruk, bahulu, rojak dan kerepek pisang.
“Tapi setiap menu yang saya buat tidaklah untuk buat bisnes atau apa. Sebab saya lebih suka cuba dan kongsikan air tangan dengan kawan-kawan terlebih dulu. Tanya pandangan mereka dan sebagainya sebab saya faham, citarasa orang berbeza-beza.
“Kemudian, barulah saya fikir untuk buat langkah seterusnya. Mudah-mudahkan bisnes ini berpanjanganlah, insya-Allah,” katanya.
Ditanya sama ada dia turut terlibat dalam membantu golongan memerlukan sepanjang fasa pandemik, Ayu lebih selesa untuk tidak terlalu bercerita.
“Saya dan suami memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal tersebut. Adalah bantu tapi biarlah kami sahaja yang tahu. Bukan semua hal kita perlu kongsikan di media sosial, bagi saya.
“Sebab bimbang kalau kongsi berlebih-lebih, nanti disalah erti. Jadi baik buat senyap-senyap sahajalah.
“Ada yang hantar teks secara peribadi di media sosial dan ada yang kita terus bantu kalau nampak di depan mata. Malah ada juga yang tanya sama ada saya boleh boleh beli barang atau produk yang mereka jual. Jadi saya sokong dengan cara membelinya.
“Sekurang-kurangnya saya cuba beri semangat pada pada mereka yang ikhtiar kembangkan kemahiran melalui berniaga misalnya demi kelangsungan hidup,” katanya lagi.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak Misi, Abah Kontraktor…,” – Nourul Depp Kongsi Cerita Latar Belakang Keluarganya
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran sebelum ini, penyanyi Nourul Depp merakam memori indah bersama kedua arwah orang tuanya.
Berkongsi latar belakang keluarga, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab menerusi Instagram mendedahkan, dia dilahirkan dalam keluarga serba sederhana tetapi mempunyai impian besar demi cita-cita.
“44 tahun yang lalu, anak perempuan ni lahir dalam family yang sangat sederhana. Mak misi, abah contractor/bisnes.
“Masa tu ahli keluarga dah seramai 7 orang. Keluarga yang sangat besar mengajar untuk menjadi seorang yang berdikari.
“Hidup seperti biasa macam orang lain. Aktif & suka berkawan. Lalui kesusahan dan kebahagiaan,” tulisnya.
Tambahnya lagi, setiap pengalaman yang pernah dialaminya tidak dijadikan sebagai penghalang untuk dirinya menjadi seorang berjaya dalam hidup.
“Alhamdulillah keperitan mengajar anak perempuan ni menjadi manusia yang nak keluar dari kesusahan. Impian sangat besar.
“Alhamdulillah tuhan anugerahkan bakat untuk meneroka dunia dan mengenal manusia serta hidup.
“Alhamdulillah dengan segala pengajaranNya, anak perempuan ni mula kenal apa itu tujuan hidupnya,” kongsinya.
Di samping itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kerana Terluka ini turut menitipkan ucapan terima kepada arwah orang tuanya yang telah mendidik serta mencurahkan kasih sayang sejak dilahirkan.
“Alhamdulillah masih ada untuk hari ini, saat ini dan ketika ini. Terima kasih arwah abah dan mak yang mendidik dan menyayangi.
“Al fatihah buat kedua insan yang melahirkan & membesarkan Noorulhuda binti Ab Wahab ke dunia ini tanggal 27 julai 1977 jam 5 pagi. Di hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
“Terima kasih Ya Allah atas rahmatMu selama ini. Terima kasih atas segala petunjukMu, terima kasih atas perlindunganMu,” tulisnya lagi.
Menerusi hantaran sama, Nourul turut berkongsikan beberapa keping foto lama yang disimpan sebagai kenangan.
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI