Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah berkongsi berita mengenai keputusannya membatalkan perkahwinan yang dirancang bersama pelakon, Niezam Zaidi, beberapa hari lalu.
Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin menerusi Harian Metro menjelaskan, dia dan Niezam sudah lama membuat keputusan iaitu selepas mereka mengikuti kursus kahwin pada September lalu.
Jelas bintang berusia 31 tahun ini lagi, dia menyifatkan pasti akan ada hikmah atas yang berlaku.
“Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah.
“Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh. Kalau nak paksa pun, bimbang nanti ia hanya memudaratkan. Takkan saya perlu melalui fasa perceraian sekali lagi. Jadi, saya reda dengan ketentuan ini.
Ads
“Sebenarnya, keputusan ini dibuat sudah lama. Cuma, saya tidak mahu kongsikan. Apa boleh dikatakan, mungkin saya belum cukup baik. Jadi, saya perlu perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangan saya.
“Apa yang penting, buat masa sekarang saya nak gembirakan diri sendiri dan keluarga. Tidak ada istilah serik, cuma apa dirasakan sekarang adalah, solo lagi bagus,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Nonny turut ditanya mengenai apa reaksi ibu terhadap hal yang berlaku.
Ads
“Mak saya boleh cakap, santai saja di posisi. Sebab dia pun cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan.
“Dia hanya mahu tengok saya bahagia dan tak lagi saya bersedih. Dia selalu sokong apa saya buat.
Ads
“Kalau selepas bercerai dulu saya memang meratap. Tapi, untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira.
“Bagi saya, Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting, kena sabar dengan ketentuan diberikan,” katanya.
Nonny sebelum ini mengejutkan para peminat apabila mengumumkan majlis perkahwinan mereka batal menerusi satu hantaran di Instagram.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian berkenaan pantas menerima reaksi serta ucapan daripada para pengikutnya.
Malah penyampai radio dan pelawak, Shuib turut sama meninggalkan ucapan ringkas buat Watie.
“Selamat ulang tahun,” komen Shuib yang disusuli dengan emoji yang diikuti dengan reaksi peminat.
Terdahulu, hubungan baik di antara keduanya bukan lagi rahsia apabila Shuib tidak menafikan mereka sedang berkawan rapat.
Memetik laporan media, dia selesa menjalinkan hubungan persahabatan dengan Watie kerana wanita itu mempunyai sikap penyayang seperti Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah.
Gara-gara pendedahan tersebut, Watie mula menjadi perhatian netizen dan peminat mula mengambil tahu mengenai apa sahaja perkongsian Watie di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Air yang dicincang tidak akan putus’. Perumpamaan itu sesuai digambarkan buat hubungan adik-beradik yang sentiasa rapat antara satu sama lain.
Misalnya pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose yang memepunyai karakter ‘gila-gila’ dan mesra sentiasa.
Dalam pada itu, Uqasha ada memuat naik beberapa keping foto beserta kapsyen manja buat adik kesayangannya itu.
“I hope you’ll always be my baby sister , tak kisah lah dah kawin ke ada anak ke cucu ke . Tau ? Promise ? And I hope I can still sleep with you whenever I want too ! Love you b . Nasib baik I ada Dada lagi @raysharizrose,” tulis Uqasha.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.