Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah berkongsi berita mengenai keputusannya membatalkan perkahwinan yang dirancang bersama pelakon, Niezam Zaidi, beberapa hari lalu.

Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin menerusi Harian Metro menjelaskan, dia dan Niezam sudah lama membuat keputusan iaitu selepas mereka mengikuti kursus kahwin pada September lalu.

Jelas bintang berusia 31 tahun ini lagi, dia menyifatkan pasti akan ada hikmah atas yang berlaku.

“Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh. Kalau nak paksa pun, bimbang nanti ia hanya memudaratkan. Takkan saya perlu melalui fasa perceraian sekali lagi. Jadi, saya reda dengan ketentuan ini.

IKLAN

“Sebenarnya, keputusan ini dibuat sudah lama. Cuma, saya tidak mahu kongsikan. Apa boleh dikatakan, mungkin saya belum cukup baik. Jadi, saya perlu perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangan saya.

“Apa yang penting, buat masa sekarang saya nak gembirakan diri sendiri dan keluarga. Tidak ada istilah serik, cuma apa dirasakan sekarang adalah, solo lagi bagus,” katanya seperti yang dipetik.

Pada masa sama, Nonny turut ditanya mengenai apa reaksi ibu terhadap hal yang berlaku.

IKLAN

“Mak saya boleh cakap, santai saja di posisi. Sebab dia pun cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan.

“Dia hanya mahu tengok saya bahagia dan tak lagi saya bersedih. Dia selalu sokong apa saya buat.

IKLAN

“Kalau selepas bercerai dulu saya memang meratap. Tapi, untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira.

“Bagi saya, Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting, kena sabar dengan ketentuan diberikan,” katanya.

Nonny sebelum ini mengejutkan para peminat apabila mengumumkan majlis perkahwinan mereka batal menerusi satu hantaran di Instagram.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI