Pelakon, Saharul Ridzwan meluahkan rasa lega selepas tindakkan awalnya yang menyedari kotak fius kediamannya hampir terbakar berjaya mengelakkan kelurganya daripada kejadian yang lebih serius
Menurut Saharul, sekiranya mereka masih tidur, sudah tentu mereka tidak akan menyedari apa yang akan berlaku pada rumah tersebut.
“Alhamdulillah syukur.
Allah sebaik-baik pelindung.
“Nasib baik sedar fius box terbakar. Alhamdulillah,” tulisnya.
Tambah pelakon drama Korban Kasih itu lagi, ketika detik cemas tersebut, seluruh ahli keluarganya itu berada di rumah termasuklah kedua ibu bapa mertuanya yang kurang sihat serta isterinya yang sedang mengandung.
“Kalau semua tertidur tadi, tak sedar apa dah.
“Dalam rumah ada mertua yang tak sihat, budak-budak kecik, bini pulak mengandung.
“Allahuakbar. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Saharul menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut menasihati Saharul supaya kerap memeriksa kotak fius tersebut.
Sumber: Twitter Saharul Ridzwan