Nora Danish ada memuat naik sekeping foto anak saudaranya, Danish di laman Instagram dengan menitipkan doa agar remaja ini berjaya memperoleh A dalam keputusan peperiksaannya.
“Doakan Danish my nephew dapat straight A’s pls, thank u in advance dan doa supaya dia menjadi anak Yg soleh , berguna pada masyarakat & negara. Amin.
“Kalau sesiapa nampak dia kat mana mana report kat saya ok,” kongsinya.
Namun yang menjadi perhatian, wajah Danish dikatakan seiras Rayqal, anak sulungnya.
Foto : Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Respect Rody Sebab Dia Tegur Saya Dulu,” – Solat Jemaah Lerai Sengketa, Lan Solo Beri Respon Fasal Bersatu Semula Dengan Kristal
Penyanyi Lan Solo, bersyukur selepas hubungannya bersama gitaris kumpulan Kristal, Rody kini telah pun kembali jernih.
Menurut Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, harapannya untuk berbaik semula dengan sahabat lamanya itu telah dimakbulkan selepas mereka dipertemukan ketika sama-sama ingin menunaikan solat jemaah di surau sewaktu menghadiri konsert minggu Gegar Vaganza 8 (GV8).
Katanya lagi, dia berharap agar hubungan baik ini akan berkekalan sampai bila-bila.
“Saya amat respect dengan Rody kerana dia yang menegur saya dahulu. Kisahnya begini, saya bertemu dengan Rody ketika sedang solat di surau PICC. Saya ikut jemaah ketika rakaat kedua.
“Selesai sahaja menunaikan solat, ada orang datang tepuk bahu saya sewaktu nak menyarungkan kasut. Rupanya orang itu adalah Rody. Bermula daripada itu, kami pun bersembang bertanyakan khabar.
“Sebelum ini ramai yang bertanya saya, bilakah kami akan berbaik. Saya hanya menjawab biarlah masa yang menentukan . Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami.
“Sejujurnya saya tak pernah menolak untuk berbaik kerana kami ini dah seperti adik-beradik. Mak ayah dia macam mak ayah saya. Begitu juga sebaliknya. Saya berharap agar hubungan baik ini akan berterusan dan tiada lagi orang-orang yang akan melaga-lagakan kami,” katanya.
Lan Solo berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan single terbarunya yang berjudul, 5 Kaki 4 Inci yang berlangsung di Red Box, The Gardens, Kuala Lumpur.
Ketika ditanya adakah dia bakal bersatu semula bersama kumpulan Kristal, Lan memberitahu, dia dan Kristal sudah pun punyai jalan mereka yang tersendiri.
“Saya dah ada Kristal X dan mereka pun dah ada penyanyi baru. Tak manis rasanya kalau kita bercakap fasal isu ini. Mereka dah ada ‘perkahwinan’ baru takkan saya nak ganggu rumahtangga (band) mereka.
“Saya perlu menghormati band Kristal begitu juga mereka dengan ‘keluarga’ baru saya, Kristal X. Bagaimanapun, saya tidak akan menolak sekiranya ada perancangan untuk berkerjasama selepas ini.
“Kami tak bertegur sapa daripada 2017. Mungkin ini masa yang terbaik untuk hentikan persengketaan ini,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Lan memberitahu, lagu 5 Kaki 4 Inci ini merupakan percubaan pertamanya untuk menembusi pasaran muzik di Borneo.
Tambahnya lagi, ini juga merupakan salah satu usahanya untuk membalas semua jasa baik rakyat-rakyat Sabah yang tidak putus-putus menyokongnya selama ini.
“Saya tak nafikan, lagu ini sememangnya untuk mengambil hati rakyat-rakyat Sabah. Ini juga sebagai tanda penghargaan saya buat masyarakat di sini yang sentiasa menyokong saya selama ini.
“Sejujurnya, sepanjang saya membuat persembahan di sini, saya sentiasa mendapat sokongan yang luar biasa. Walaupun persembahan itu berbayar, saya teruja kerana penontonnya sentiasa penuh.
“Walaupun harga tiket RM10 atau RM15, penonton di stadium sentiasa penuh. Ini penghargaan yang perlu saya balas. Penerimaan peminat di Sabah ini sangat luar biasa. Saya rasa amat dihargai,” akhirinya.
Lagu yang mencampurkan elemen Bahasa Melayu Sabah dan diselitkan dengan lorat Dusun ini diciptakan sepenuhnya oleh Valvet Aduk Lawrence dan Marsha Milan.
5 Kaki 4 Inci kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula akan ditayangkan bermula hari ini di laman Youtube rasmi Lan Solo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syafiq Farhain Perjelas Sebab Wajah Bengkak Hingga Buat Ramai Risau! – “Ada Yang Ingat Saya Kena Gigit Tebuan, Suntik Vitamin.”
Penyanyi Syafiq Farhain menjelaskan mengenai wajahnya yang kelihatan membengkak baru-baru ini, disebabkan kesan daripada rawatan tanam rambut yang dilakukan.
Terdahulu, Syafiq atau sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 26 ada berkongsi foto terkininya itu di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on
Ia sekaligus mendapat perhatian peminat kerana perubahan yang dialami pada bahagian wajah.
Jelasnya, ramai yang bimbang dan menyangka dia digigit tebuan.
“Selepas saya muat naik foto tersebut, ramai yang hubungi dan mesej tanya keadaan saya.
”Ada yang ingat saya kena gigit tebuan dan ada juga yang kata saya buat suntikan vitamin pada wajah.
“Sebenarnya muka saya jadi bengkak sebabkan kesan suntikan bius sebelum proses tanam rambut.
”Mula-mula saya risau juga bila muka jadi bengkak tapi doktor kata memang normal bengkak beberapa hari.
“Saya memang ada masalah rambut dan setiap rambut mesti akan alami keguguran yang sangat teruk.
”Jadi, saya ambil langkah awal untuk lakukan proses tanam rambut,” kata Syafiq seperti yang dipetik mStar.
Dia pada masa sama turut mengakui, hasrat untuk melakukan rawatan tersebut tercetus sejak setahun lalu.
“Perancangan untuk tanam rambut ini sejak tahun lalu lagi tapi tak ada masa yang sesuai.
“Kebetulan sekarang ada masa terluang dan tiada acara hiburan yang perlu saya hadiri, jadi saya ambil keputusan untuk lakukan sekarang.
“Bagi saya, penampilan sangat penting dan tambahan pula, aset lelaki adalah rambut.
“Saya perlu berhadapan dengan orang ramai dan rambut ini memberi satu keyakinan.
“Jadi, apa salahnya saya berkorban sikit keluarkan duit untuk rambut.
”Lagipun, rawatan ini tidak haram dan tidak melanggar hukum Islam pun.
“Mungkin imej terbaharu saya ini juga untuk video muzik saya akan datang,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Minggu Keempat Berlainan Sikit Sebab Ramlah Ram Punya Nama Naik,” – Liza Abdullah Rupanya Pakai Maskot Kurita, Tekaan Juri Mengena!
Sejak saingan minggu pertama lagi, tekaan para juri program The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), mengena apabila meneka maskot di sebalik Kurita ialah pelakon senior, Liza Abdullah.
Sekaligus, Liza menjadi peserta ketiga yang tersingkir pada minggu ke empat saingan.
Mengulas mengenai penyingkirannya itu, Liza akui kebanyakan juri yang terpilih ialah di kalangan mereka yang sudah sedia mengenalinya.
“Benda yang tak boleh berselindung sebab kali ke 3,840 kali I cakap, dah namanya Liza Abdullah, suara tu tak boleh nak tipu. Lepas tu yang berada di posisi juri pula tak tahu nak cakaplah… macam mana mereka dapat tahu pun, tak tahulah.
“Mungkin kelebihan yang mereka ada kerana mereka kenal. Kita lebih rapat dengan mereka kerana kebanyakannya sudah terbiasa dengan diaorang,” katanya.
Ditanya apa yang dirasai sejurus tersingkir pada awal saingan susulan ramai yang dapat meneka dengan tepat, Liza menjelaskan perasaannya bercampur baur.
“Program ini kalau boleh memang tak nak langsung juri mengenali kita, tak nak identiti orang tahu. Tetapi dalam masa yang sama masyaAllah… adik-adik memang betul mengenali kakak.
“Bila minggu pertama mereka teka, saya sudah rasa akan terkeluar. Minggu keempat ini berlainan sikit sebab Ramlah Ram punya nama naik,” katanya lagi.
Minggu hadapan, 11 lagi maskot akan meneruskan kemaraan iaitu Mawar Berduri, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah dan Mr Parrot.
Masih kekal bersaing termasuklah Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.
Barisan juri musim kali ini ialah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar.
Sementara Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut dan Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.
Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim ketiga mula bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI