Hampir 10 tahun bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Nana Mahazan atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan mengakui persefahaman antara dia dan suami menjadi senjata paling ampuh dalam mencipta keharmonian rumah tangga.
Mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan yang juga insan di balik industri, Mohamed Raqeem Brian Abdullah pada Jun 2009, memberitahu sebagai seorang isteri dia juga perlu percaya dan faham akan kerja suami.
“Satu hal mengenai perkahwinan kami ialah persefahaman. Saya dan dia kena masing-masing faham cara kerja dan percaya di antara satu sama lain.
“Bagi saya kalau itu boleh kita kawal, insyaAllah keharmonian rumah tangga itu akan terjamin,” katanya kepada MH.
Malah ujarnya lagi, sebagai isteri dia juga perlu tahu akan kehendak suami, dan pada masa sama cuba bertanya padanya apa yang perlu diperbaiki, untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik.
“Kita kenalah jaga makan minum dia. Jangan hanya pentingkan soal kita semata. Malah kalau dia ada alasan untuk cari lain misalnya, beritahu kita apa yang kurangnya kita, dan akan perbaiki untuk jadi lebih baik.
“Saya pun tidaklah periksa teks yang diterima suami dan sebagainya. Kena kembali kepada rasa percaya itu.
“Ada juga ketika saya akan bertanya kepada suami, adakah dia masih sayang, cintakan saya seperti awal perkenalan dulu,” terang Nana yang turut berdoa agar dijauhkan segala musibah yang boleh hadir dalam institusi keluarga kecilnya.
Nana yang juga baru selesai menjadi hos untuk Mentor 7 dan Brian kini mempunyai dua cahaya mata iaitu Althea dan Aaqib.
Foto: Instagram Nana Mahazan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI