Setiap pasangan mendirikan rumah tangga pasti mahukan ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Meski suami ada menyatakan sudah berpisah sebelum ini, Lufya Omar tetap tabah meneruskan kehidupan seperti sedia kala.
Baru-baru ini, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar ada memberi nasihat kepada semua wanita yang menghadapi keganasan dalam rumah tangga.
“Wanita!! Kamu berharga! Rasulullah mengangkat tinggi martabat WANITA. JANGAN TAKUT. Berani kerana BENAR!
“Banyak sangat dapat aduan gambar2 wanita yang dipukul suami. Sayang diri kamu sendiri dulu. Kalau suami tu sayang kita dan bertanggungjawab cara nya bukan pukul bantai, caci-maki.
“Bertahanlah macamana penyakit baran ni makan tahun sayang nak berubah. Itu pun kalau berubah! Tapi kita dah lunyai.
“Belakang hari mereka ni akan ‘play victim’ kat keluarga dan masyarakat.. apalagi yang ada raut wajah acah-acah lembut suci.
“Fya hanya nak bagi nasihat PENTING kepada semua wanita yang dianiaya suami. Pls take note apa yang korang kene buat demi masa depan anak dan diri kamu sendiri.
“1. Terus pergi hospital buat laporan kecerderaan .2. Gi balai buat laporan polis bawak laporan kecerderaan.(untuk rujukan syariah; kalau taknak suami kene tangkap polis, boleh sekadar menyimpan bukti kukuh dan memberi peluang pengajaran kpd suami /boleh jugak buat report kasi suami menginap free kat lokap )
“3. Mengadu pada wali, bapa, atuk lelaki, adik lelaki, bapa saudara untuk menjadi wakil dalam perbincangan keluarga. Kalau lebih rumit.. 4. Lantik je lawyer. Kalau takde cukup kewangan , jgn risau ada je badan yang boleh bantu. Jangan takut negara kita ada undang-undang.
Dalam pada itu, netizen ada juga yang berkongsi mengenai pengalaman sendiri menerusi entri foto tersebut.
Foto: Instagram Lufya Omar