
Pelakon jelita Sarah Hildebrand telah berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Mengejutkan, gambar tersebut telah memaparkan Sarah sedang memegang seekor anjing.
“Don’t be cruel to animals. No matter what, they are still God’s creation.”tulisnya.
Menerusi gambar tersebut, pelakon yang membintangi drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu telah menerima komen pelbagai netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang memberi kata-kata positif kepada Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand.
Alahai, tidak kisahlah apa sekali haiwan pun, bukankah kita sepatutnya mempunyai rasa kasih sayang terhadap haiwan juga, betul tak?
Dalam Islam kalau kita pegang bintang seperti anjing boleh bersuci dengan samak.
View this post on InstagramA post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on
View this post on InstagramSelamat berpuasa semua! Bawal by @sistershijabofficial
A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on
Foto : Instagram Sarah Hildebrand
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Mawi Telah Pergi Mengadap Illahi, Al-Fatihah

Ibu kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ramlah Sarlan telah pergi mengadap Illahi, malam tadi.
Berita sedih itu turut dikongsi Instagram rasmi stesen radio Zayan, beberapa jam lalu.
“Salam takziah diucapkan kepada keluarga @cahayaasmawi atas kehilangan ibu tercinta yang telah kembali kerahmatullah maghrib tadi. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kongsi Zayan.
Malah, Mawi turut berkongsi kembali dedikasi dan doa buat Allahyarmah dari peminat menerusi Insta Stories miliknya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut berduka cita atas kehilangan ibu tercinta.
View this post on InstagramA post shared by Along Cham (@alongcham) on
Semoga roh ibu Mawi ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah…
Foto: Instagram Mawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Boleh Kawal, Jangan Keluar,” – Didik Anak Jaga Kelakuan Di Public, Michael Ang Tegur Sikap Penjaga

Baru-baru ini, tular sepotong video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang ibu meluahkan rasa berang terhadap orang di sekelilingnya ketika anaknya meragam sewaktu makan di sebuah restoran.
Wanita berkenaan akui kurang senang dengan reaksi yang ditunjukkan oleh orang-orang berhampiran ketika anaknya itu menangis.
Video berkenaan nyata mendapat reaksi bercampur baur daripada ramai pihak.
Antara yang turut memberikan pandangan berhubung isu tersebut termasuklah pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Jelas Michael, wanita berkenaan tidak seharusnya menyalahkan orang lain sekiranya mereka berasa kurang selesa, sebaliknya, para ibu bapa sepatutnya mengajar anak-anak untuk menjaga kelakuan ketika di tempat awam.
“Kepada ‘Makcik Joyah’ tu, kau reti ke tidak jaga anak? Kalau anak kau dah berlari berkeliaran dekat restoran tu macam monyet terkena belacan atau terpekik terlolong, mestilah orang pandang.
“Mesti orang nak tengok siapa yang menjerit. Orang jeling, kau nak suruh dia balik makan dekat rumah pula.
“Sepatutnya, sebagai ibu bapa, kau kena ajar mereka. Kalau tak boleh kawal anak tu, awak yang sepatutnya jangan keluar. Duduk je makan dekat rumah,” katanya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh Michael menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Malah, Michael turut menegur sikap segelintir ibu bapa yang dikatakan lepas tangan sewaktu membawa anak-anak menonton wayang dan ke pusat membeli belah.
“Lagi satu, kepada para ibu bapa yang tengok wayang tengah malam pun bawa anak kecil masuk panggung, bila anak-anak kau menangis dekat panggung, tak ke itu mengganggu? Takkan sebab itu pun kau nak suruh aku balik tengok dekat tv.
“Kemudian, yang bawa anak ke pusat membeli belah pula, boleh biarkan anak mereka berlari satu shopping mall. Itu pun aku tak faham.
“Saya ada pengalaman di restoran, dia biarkan anak dia memekik, menangis dan berlari-lari. Lepas tu langgar orang. Tapi parents sibu buat live di Instagram,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Michael turut meminta wanita berkenaan supaya melihat sikap diri sendiri sebelum menilai orang lain.
“Guna-gunalah otak tu. Sedap-sedap je nak maki orang. Kau tu tak pandang diri dekat cermin. Reti ke tidak jaga anak? Tak rasa ke tindakan anak tu menggangu orang?,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menyifatkan didikkan ibu bapa sewaktu di rumah sememangnya amat penting.
“Dia elok take away sahaja. Tak payah dine in kalau anak tak behave dalam restoran atau tempat awam.
“Bab midnight movie tu saya setuju sangat. Anak-anak kecil atau babies, tak perlu kot gigih nak bawa masuk panggung.
“Setuju. Mak asyik membawang. Mana anak tak menangis. Setakat ini, anak saya tak pernah pula macam tu. Ini bergantung kepada ajaran masing-masing.
“Perkara-perkara ni mak-mak yang kena pandai handle. Kalau biarkan sahaja anak buat sesuka hati menjerit-jerit atau berlari, memang orang akan pandang. Tak tegur memang anak naik lemak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan Michael itu telah pun meraih hampir 50,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Pelakon Profesional Dan Dibayar…,” – Rupanya Pablo Amirul Rela Hati Habis Beribu, Upah Acting Coach Tiap Naskhah

Sering membawakan watak antagonis, pelakon Pablo Amirul mendedahkan dirinya selalu mendapat persepsi buruk daripada masyarakat yang tidak boleh membezakan diantara lakonan dengan kehidupan sebenar.
Menurut Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri, lakonannya di dalam filem sering tampak nyata dan menjadi disebabkan inisiatifnya yang sanggup menggunakan khidmat jurulatih lakonan peribadi.
“Ada sesetengah orang berkata, saya sering kali bawa watak jahat disebabkan pengalaman peribadi saya. Bukan ya. Jangan salah anggap.
“Kalau nak tahu, setiap filem yang saya lakonkan, saya akan gunakan khidmat jurulatih lakonan peribadi. Saya keluar duit sendiri. Itu rahsia saya kekal dalam industri selama 10 tahun.
“Dengan kekerapan filem yang bukan selalu, ini merupakan cabaran buat saya. Saya rasa pelaburan ini sangat berbaloi. Penonton juga boleh menilai sendiri,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga tidak kisah berhabis ribuan ringgit asalkan dirinya sentiasa bersedia sebelum memasuki set penggambaran.
“Kalau tak berbaloi saya tak akan buat. Saya kena bayar ribuan ringgit untuk dapatkan servis tersebut. Kalau orang tanya kenapa sanggup bayar sampai beribu, kerana ilmu mereka yang sudah 20 hingga 30 tahun yang ingin mereka rangkumkan untuk saya dalam tiga hari.
“Mereka ajar saya macam mana nak berlakon, berjalan, bercakap dan memperbetulkan postur. Mereka juga bantu untuk pastikan saya bersedia bila masuk ke set.
“Saya pelakon profesional dan dibayar. Ini inisiatif saya. Nak bergerak ke hadapan, kita kena ubah cara berkerja. Kalau kita hargai masa, kita pasti cari jalan untuk bersedia. Takkan dekat set baru nak bersedia,” ujarnya lagi.
Pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam pada itu, Pablo turut memaklumkan dirinya tidak kecewa meskipun namanya belum menempa populariti sebaris pelakon-pelakon filem yang lain.
“Berlakon filem yang banyak dalam masa setahun, tidak sementinya seseorang pelakon itu akan dikenali. Lainlah kalau semua filem yang dilakonkan itu meletup macam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
“Saya percaya kalau saya sudah berikan yang terbaik, tidak mendapat komen-komen negatif dan lakonan saya dihargai pengarah atau produser, itu sudah cukup buat saya.
“Asalkan tawaran masih ada dan nama masih jadi sebutan rumah produksi, itu sudah memadai. Setahun ada dua atau tiga filem, saya dah rasa cukup bertuah.
“Saya dah pernah merasai semua. Daripada filem bajet besar sehinggalah filem yang tak cukup bajet. Tak semua filem saya berjaya juga. Itu yang dinamakan fasa kerjaya anak seni,” akhirinya.
Terdahulu, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang dilakonkan oleh Pablo telah pun mendominasi 13 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-32.
Ia termasuklah Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI