Pasangan tunang, Syamel dan Ernie Zakri telah pun diundang sebagai panel undangan di program hiburan mingguan, MeleTOP baru-baru ini.
Pelbagai cerita dikongsikan mereka termasuk pengakuan Ernie yang mencuri perhatian ramai.
“Rasa gembira. Alhamdulillah. Kami rasa gementar sebenarnya, hanya mendoakan yang baik-baik daripada semua,” pinta Ernie selepas ditanya mengenai apakah perasaan sejak bergelar tunangan orang.
Sementara Syamel pula menyifatkan ikatan yang telah terjalin membuatkan dirinya rasa lebih bahagia.
“Secara peribadinya, saya rasa bahagia,” akuinya.
Sementata itu, penyanyi Boneka turut mendedahkan dia yang terlebih dulul membuat pengakuan dan seterusnya meluahkan perasaan terhadap Syamel.
“Sebenarnya, saya yang ‘confess’ suka dekat dia. Kita perempuan kena berani. Saya rasakan kalau tidak ambil langkah pertama dulu, tidaklah jadi macam sekarang ni.
“Akan tetapi ketika itu dia juga ada cakap, suka pada saya. Tetapi kita itu kami sedang bekerja.
“Cuma dia tidak mahu ganggu fokus saya. Saya pula jenis yang suka terus-terang,” kata Ernie sambil disambut tawa hos, Nabil dan Elly Mazlein.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu dan keduanya merancangu untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Ikuti temubual penuh bersama mereka di sini;