Pelakon dan pengacara, Lisa Surihani ada mendedahkan berat badannya menerusi salah satu pertanyaan peminat di ruangan komen pada satu posting yang dimuat naik di laman Instagram, baru-baru ini.
Respon Lisa, berat badannya boleh mencecah sekitar 48kg hingga 49kg. Dan mengakui masih perlu untuk menjaga pemakanannya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat memuji penampilan dan seterusnya bertanya kepada ibu kepada dua cahaya mata itu tips mendapatkan tubuh ideal.
Satu perkongsian foto daripada pelakon, Izara Aishah di Instagram baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dia merakam gambar bersama permata hati, Irisa Alaia.
Mengenakan persalinan jubah rona merah jambu cair lengkap dengan tudung melepasi paras dada, penampilan pelakon filem Pilot Cafe itu cukup memukau pandangan.
Malah, hantaran tersebut yang dibuka akses komen memberi ruang buat peminat untuk menzahirkan rasa gembira atas perkongsian terbabit.
Rata-rata daripada mereka memberikan emoji berbentuk hati dan kata positif selain mendoakan yang baik-baik buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.
“Alhamdulillah. Pertamanya, saya tumpang gembira melihat penampilan baharu Kak Izara. Saya yakin penampilan baharunya Kak Izara dapat membawa sinar harapan baharu di samping keluarga dan suami serta anak tersayang. Anggaplah Kak Izara seperti kakak saya. Saya menzahirkan doa dan harapan semoga Kak Izara terus istiqomah serta teruskan aktif dalam kerjaya seni hiburan pada kesesuaian yang akan datang,” komen seorang peminat.
“Kak Izara, ape yang buat Kak Izara nekad berhijrah? Cantik sangat sekarang ni,” tanya peminat lain.
“SubhanaAllah…sebaik2 doa untuk Izara dan baby,” antara komen yang tertera.
“Cantik sgt adik, moga menjadi inspirasi bagi kawan2 yang lain,” harap peminat mendoakan yang terbaik.
“Ya Allah. Kau Maha Baik!!! SubhanaAllah sempurna Izaara tutup. Ya Allah… Saya sendiri masiih jahil. Allah. Semoga lebih ramai terbuka hidayah. U are doing great super great mommy!,” tulis peminat.
“Ini yang dikatakan jgn kecam orang seksi, bila dia dapat hidayah allah, lagi elok dari kita,” komen peminat.
“Semoga terus istiqomah wahai bidadari syurga..Hijrah yg sangat2 indah. Jommm sama2 mencari syurga Allah & redho Allah,” tulis salah seorang peminat.
“Aduh cantik sangat la inspirednya,” antara respon pujian yang diterimanya.
“Ramai ajer lagi yang bertudung tapi aurat masih terdedah kan?? Izarah senyap2 tutup semua…Alhamdulillah,” antara respon yang ditinggalkan.
Izara bagaimanpun tidak memberikan sebarang reaksi terhadap komen-komen yang diberikan di ruangan komen.
Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dari laman Instagram miliknya, pertengahan Ogos lalu.
Malah Izara turut berkongsi beberapa keping gambar baru mengenakan tudung, sekali gus memberi bayangan positif perihal penampilannya.
Foto: Instagram Izara Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Produser filem, Fabian W. Joseph memaklumkan naskhah dokumentari, Man On The Run diluluskan sepenuhnya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi tayangan di Malaysia.
Menurut Fabian, pihak produksi berdepan kegusaran pada awalnya kerana memikirkan kemungkinan filem dokumentari arahan Cassius Michael Kim mengenai skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) itu bakal berdepan kesukaran untuk ditayangkan di panggung wayang tempatan.
“Selepas melalui proses LPF, filem itu diluluskan 100 peratus tanpa sebarang potongan. Kami melalui prosedur biasa. Apabila filem ini tidak mendapat sebarang bantahan, kami sejujurnya agak terkejut.
“Pada awalnya, kami merasakan naskhah yang mengangkat tema agak kontroversi ini tidak lulus untuk ditayangkan di pawagam. Namun akhirnya kami dapat kebenaran untuk menayangkan filem ini di panggung wayang,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sidang media sejurus tayangan perdana Man On The Run yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, Cassius selaku pengarah pula menjelaskan, cabaran terbesar adalah untuk menyunting sedutan temu bual dalam durasi filem.
“Cabaran utama kami untuk menghasilkan filem ini adalah cara untuk menggarap kisah skandal global ini menjadi sebuah filem. Selepas kami kumpulkan sedutan semua wawancara penting, durasi file mini mencecah 4 jam.
“Jadi, kami perlu susun dan teliti semua dengan cermat supaya semua perihal penting dimuatkan ke dalam filem. Bermula dengan 4 jam, akhirnya kami berjaya memadatkan segala isi penting filem dokumentari ini dalam masa 1 jam dan 38 minit,” katanya.
Man On The Run adalah sebuah karya yang memaparkan kisah benar mengenai amalan rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.
Ia turut membabitkan individu yang dikehendaki iaitu Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri yang merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi 1MDB.
Filem Man On The Run ini akan ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula 19 Oktober lalu dan kini masih rancak ditayangkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Hampir 2 tahun menanti. Hari ini saya dan arwah Jihan dah dapat menantu. Mama berdoa Syakir Iman dan Sofea bahagia hingga ke jannah.
“Jadilah suami yang baik seperti papamu. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Welcome to our family my dear Sofea, love you,” tulis penyanyi Di Persimpangan Dilema ini sambil disambut ucapan tahniah peminat.
Malah, Nora turut berkongsi momen indah anaknya sebelum sah bergelar suami orang.
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...