Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengakui dia ada sebab tersendiri apabila meluahkan mengenai apa yang terbuku di hati mengenai sisi peribadinya di media sosial.
Katanya kepada MH, masing-masing ada cara tersendiri dan baginya, itu antara langkah yang dilakukan demi memastikan kemelut yang berlaku boleh diselesaikan dengan sewajarnya.
“Kadang-kadang kalau kita tak terluah, orang di luar sana tak akan tahu. Kita kena sedia maklum apabila berlaku sesuatu hal terhadap seseoang artis itu, kalau kita tak perjelaskan, hal sebenar akan jadilah macam-macam isu lain pula.
“Jadi saya percaya langkah yang terbaik untuk selesaikan masalah,” jelas penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini jujur.
Pada masa sama, ibu tunggal ini juga turut berseloroh jika ada yang berani ‘buat hal’ dengannya.
“Kalau tak nak aib, jangan buat hal,” tegas Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom ini.
Apa pun, Elly kini turut mengakui sedang diulit bahagia adalah mengumumkan hatinya kini sudah pun dimiliki oleh seorang pemuda asal Kelantan yang masih dirahsiakan identitinya, meski mengakui dia sudah pun bersedia untuk bergelar isteri buat kali kedua.
“Saya akan kongsi apabila semuanya hampir pasti nanti, insyaAllah kami merancang untuk disatukan tahun hadapan, doakan yang terbaik,” pinta salah seorang peserta program realiti Muzikal Lawak Superstar ini lagi.
Menerusi program realiti berkenaan, Elly Mazlein bergandingan bersama Bell Ngasri dan Rahim Sepahtu.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI