Baru-baru ini, isu buli diantara doktor senior dan doktor-doktor pelatih semakin hangat diperkatakan.
Malah, hal ini juga difahamkan telah sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila beliau juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bebas untuk menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih di Georgetown, Pulau Pinang.
Terbaru, suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari turut berkongsi pengalamannya saat bergelar doktor pelatih satu ketika dahulu.
Menurut Dr. Izzar, pengalaman bergelar doktor pelatih sememangnya merupakan fasa yang agak sukar untuk dilalui oleh setiap individu yang ingin bergelar doktor dan mereka juga tidak akan sanggup untuk menjalaninya sekali lagi.
“Masa saya HO dulu pernah saya kerja tanpa off day/ cuti selama empat bulan berturut-turut. Bila ada cuti pun hanya seminggu sekali sahaja dan hari cuti guna untuk tidur je.
“Dahlah saya kena jadi HO leader untuk 4 rotation dari total 6 rotation. Kenalah pula jaga/ menjawab untuk semua rakan-rakan HO bawah saya. Bertambahlah sibuk.
Ads
“Alhamdulillah saya dulu ada kawan-kawan HO yang saling memahami. Kebanyakan bos-bos pun sangat supportive. Matron, nurse dan MA pun senang nak kerja dengan diorang,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga pernah diminta untuk kembali bertugas secepat mungkin meskipun selepas dimasukkan ke wad akibat demam denggi.
“Boss/senior pembuli tu memang ada di mana-mana. Saya tengah MC masuk wad di hospital sebab denggi pun dia mesej suruh masuk kerja balik esok cepat-cepat.
Ads
“Ada juga tak kasi HO ambil cuti rehat lebih 2 hari berturut-turut. Kena tengking/maki tu biasalah tapi bukan semua macam itu.
Dikesempatan itu juga, Dr. Izzar turut menitipkan kata-kata semangat buat para doktor pelatih agar mereka dapat melalui fasa tersebut dengan jayanya.
“Saya berdoa agar kehidupan adik-adik HO sekarang dan yang akan baru berkhidmat tahun hadapan akan lebih baik. Diharapkan cabaran dan dugaan adik-adik akan menjadikan korang doktor-doktor yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
“InsyaAllah. Bersabarlah. Bila dah senior, jadilah Doktor yang baik.
Ads
“Kepada pembuli-pembuli fizikal, mental, seksual serta jalan raya di luar sana, berhentilah. Kalau taknak berhenti membuli juga, silalah meninggal (dibaca),” akhirinya.
Sekadar informasi, Dr. Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 23 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ayra Aneesah dan Aysha Arsyla.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Izzar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menzahirkan kesyukuran apabila menerima perkhabaran gembira dari doktor mengatakan bayinya kini ada peningkatan positif, suami Abby Abadi, Faizal Zakaria menerusi Instagram turut berkongsi nama indah yang diberi kepada Baby D.
Kongsinya, bayi pra-matang yang diberi nama itu Muhammad Danial Firman Faizal mempunyai maksud yang indah.
Malah lebih menggembirakan, pendarahan paru-paru bayi pra-matangnya juga sudah tiada.
“Day 7, Baby D Muhammad Danial Firman Faizal indah nama dengan maksud yang indah
“Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat…Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur.
“Semalam Abah tak tulis apa2 pun sebab tak sihat, tiba2 demam.
“Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospital semalam.
“Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang….abah dan mama rindukan Baby.
“Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu…sempat berbual2 dengan Doc, Baby Danial ada peningkatan positif, pemdarahan paru2 pun dah tak de…syukur sgt2…Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial.
“Malam ni, InsyaAllah abah datang jumpa Baby lagi ya…abah rindukan Baby Danial…Abah sayangkan Baby.
“Moga Baby terus sihat, terus kuat….ramai yang tak sabar nak jumpa Baby.
“Ya Allah..Kau yang lebih mengetahui…Kau yang lebih berkuasa dari segala2nya.
“Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, Kau berikan kesihatan tang terbaik untuk Baby Danial dan panjangkan umurnya #muhammaddanialfirmanfaizal,” tulisnya.
Terdahulu, Faizal memaklumkan anaknya yang lahir pada usia kandungan enam bulan berada dalam keadaan kritikal akibat daripada pendarahan paru-paru.
Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu pada usia kandungannya enam bulan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Instagram Faizal Zakaria
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Dj Lin lebih selesa menyimpan perasaan dan meluahkan segalanya kepada Allah SWT bila bercakap mengenai kesediaannya untuk memaafkan mana-mana individu yang pernah menyakiti dirinya selama ini.
Menurut Dj Lin, meluahkan isi hati kepada Allah SWT membuatkan hatinya jauh lebih tenang.
“Bila sebut tentang kemaafan, pada saya, siapalah kita untuk mengawal segala-galanya. Saya lebih suka ‘bermonolog’ dengan Allah.
“Apa sahaja curahan hati saya, saya tak perlu ceritakan kepada manusia. Bagi saya, Allah tahu apa yang berlaku.
“Biarlah Allah sahaja tahu isi hati dan doa saya. Saya tahu Allah tidak tidur,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Pengurus Besar Radio Suria FM ini juga percaya setiap ujian itu telah mematangkan dan mengubah perspektifnya terhadap orang sekeliling.
“Sebagai manusia, saya terima apa sahaja perkara yang dilakukan terhadap diri saya. Saya anggap itu ujian daripada Allah. Allah juga memperlihatkan kepada saya perangai-perangai manusia.
“Dari satu sisi, saya sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah menyedarkan saya bahawa kebaikkan kita tidak semestinya akan dibayar baik juga.
“Saya juga tak mengharapkan balasan yang baik tapi jauh di sudut hati, saya terkilan kerana silaturrahim itu yang lebih utama. Ia telah dibina lama,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dj Lin juga memaklumkan dirinya juga akan mencari ketenangan di Tanah Suci, Mekah selepas seminggu menyambut kedatangan Aidilfitri.
“Saya akan mengerjakan umrah pada 10 Syawal ini bersama ahli keluarga. Saya cuma doakan Allah permudahkan dan beri ketenangan.
“Semoga Allah anugerahkan hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Allah tidak akan uji kita tiada mesej yang ingin disampaikan.
“Banyak yang Allah sedarkan saya daripada terlena. Biarlah saya meneruskan kehidupan dan tanggungjawab saya di Suria FM. Itu tempat saya bekerja dan cari makan.” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.