Pelakon, Ika Nabella mengakui berasa agak kecewa dengan sikap segelintir pemilik restoran dan pelanggan yang tidak jujur dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian virus Covid-19.

Menurut Ika, pemilik premis restoran seharusnya bertindak dengan lebih tegas lebih-lebih lagi untuk mengenal pasti para pelanggan yang masih lagi belum menerima suntikan vaksin.

“Subhanallah, please ya Malaysian kalau tak nak vaccine just keep it to your self. To be honest yes memang ada certain kedai yang tak tengok e-cert. It happened to me yesterday waktu I pergi beli ayam di kedai mamak berhampiran KLCC.

“Ini amanah, menjaga keselamatan pembeli juga amanah. As a business owner benda ni yang kita fikir dulu. We don’t wanna jeopardise our customers so does our businesses.

“Makin kurang orang yang menjangkiti dan terjangkit with servere symptoms maksudnya makin cepatlah business kita boleh beroperasi seperti sediakala.
Don’t be selfish please,” tulisnya.

Ads

“Kalau Tak Nak Fikir Orang Lain Pun, Fikir Family,” – Ada Pelanggan & Pemilik Restoran Tak Jujur Fasal Sijil Vaksin, Ika Nabella Rasa Kecewa “Kalau Tak Nak Fikir Orang Lain Pun, Fikir Family,” – Ada Pelanggan & Pemilik Restoran Tak Jujur Fasal Sijil Vaksin, Ika Nabella Rasa Kecewa

Rasa kesal tersebut disuarakan oleh bintang kelahiran program, Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurutnya lagi, sekiranya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bersikap sedemikian, perancangan negara untuk kembali pulih daripada pandemik Covid-19 mungkim akan mengambil tempoh yang lebih lama.

“Ok kalau tak nak fikir orang pun fikir lah family. Imagine orang yang datang our premises bawak virus (walaupun dah fully vaccinated) lepas tu berjangkit dengan orang yang datang (unvaccinated) ?

Ads

“Kemudian orang tu bawak balik virus pada warga emas dan anak-anak. Punca? Kita (sebab ambil mudah pada SOP) Yes. Vaccine hak individu but we can help on other things. Contohnya amanah ni.

“Semoga Allah mudahkan urusan kita peniaga-peniaga kecil yang terkesan ni,” jelasnya lagi.

“Kalau Tak Nak Fikir Orang Lain Pun, Fikir Family,” – Ada Pelanggan & Pemilik Restoran Tak Jujur Fasal Sijil Vaksin, Ika Nabella Rasa Kecewa “Kalau Tak Nak Fikir Orang Lain Pun, Fikir Family,” – Ada Pelanggan & Pemilik Restoran Tak Jujur Fasal Sijil Vaksin, Ika Nabella Rasa Kecewa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa duka cita selain turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Ika.

Ads

“Jadilah orang amanah. Semua benda nak kena periksa ke.

“Allah bagi mudahkan dia, tapi bukan untuk orang lain. Selfish betul.

“Payah kalau ramai manteliti macam ni. Riak pula tu,” antara reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, kerajaan telah pun membenarkan beberapa sektor untuk kembali beroperasi khusus buat mereka yang lengkap divaksin di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada 20 Ogos lalu.

Sumber: Instagram Ika Nabella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI