Pelakon jelita, Nadia Brian memohon maaf sekiranya ada yang terkesan dengan penampilannya ketika menghadiri sebuah majlis fesyen baru-baru ini yang didakwa seksi oleh sesetengah pihak.

Malah, ada yang membuat penilaian bahawa gaya yang dikenakan seperti mempersendakan agama, sebagaimana reaksi yang diberikan di media sosial.

“Saya minta maaf andai ada pihak yang berpandangan sedemikian, cuma kalau nak tegur tu harapnya diberikan dengan cara baik.

“Apapun, saya suka dengan persalinan tersebut. Cuma biasalah ada yang suka dan sebaliknya. Kalau ada yang tidak suka, saya minta maaf,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada kata sindirian yang dilemparkan itu adalah yang paling teruk pernah dihadapi gara-gara berpakaian seksi, Nadia ada jawapannya sendiri.

“Kalau Tak  Suka…,” – Fesyen Ditempelak Netizen, Nadia Brian Mohon Maaf

Ads

Kongsi Nadia, isu seksi melibatkan dirinya bukanlah suatu hal yang baru.

“Kalau dikatakan seksi, sudah beberapa kali orang memperkata mengenainya. Malah mengenai pemakaian, famili juga tahu.

“Cuma kalau seksi tu, ia bukanlah gaya yang nampak ‘cheap’. Kalau ada yang tak suka tu, saya sekali lagi minta maaf seterusnya cuba yang lebih dari sebelumnya, InsyaAllah.

“Bagi saya seksi itu suatu yang subjektif. Sebagai perempuan, meski kita mahu berhias, tetapi tidaklah keterlaluan. Asalkan keluarga dan tunang tahu, itu memadai,” jelasnya lagi.

Ads

“Kalau Tak  Suka…,” – Fesyen Ditempelak Netizen, Nadia Brian Mohon Maaf

Pada masa sama, Nadia yang sebelum ini turut sinonim sebagai model memberitahu, dia juga perlu menghormati pereka fesyen yang mereka pakaian.

“Sebelum ini pun saya banyak menyokong rakan-rakan yang terlibat dalam bidang ini sejak zaman belajar dahulu.

“Selagi kita boleh jaga dan tahu batas,” jelas Nadia optimis.

Ads

Terdahulu, bintang ini ditemui di majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome di Centre Court, Pavilion pada Khamis.

Turut sama meraikan majlis pelancaran berkaaan termasuklah Sherry Ibrahim, Anna Jobling, Asmidar dan ramai lagi.

Foto: Instagram Nadia Brian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI