“Kalau Takde Diaorang Yang Basuh Berak Korang Dulu, Ko Ingat Ko Kat Mana Sekarang?” – Azhan Rani Pesan, Hargai Mak Ayah Selagi Masih Ada

Share

Pelakon, Azhan Rani menasihati semua agar terus menghargai ibu bapa masing-masing dengan menghubungi mereka selalu bagi bertanya khabar.

Azhan Rahi atau nama lengkapnya Azhan Abdul Rani memberitahu, meski belum ada kelonggaran untuk merentas negeri, namun jarak bukanlah penghalang atau pemisah sesebuah hubungan kekeluargaan.

“Yang ada lagi mak ayah tu dah call tanya khabar ke belum?

“Walaupun tak berpeluang balik beraya call je la sementara ada peluang boleh dengar suara diaorang atau video call tengok muka diaorang.

“Takde maknanya handphone canggih2 tapi kalau takat boleh kira dengan jari tangan berapa kali korang telepon diaorang,” jelasnya.

Pelakon Nur berkongsi luahan tersebut menerusi satu entri di Instagram.

Dia pada masa sama turut mengingatkan semua dari mana asal usul.

“Kalau takde diaorang yang basuh berak korang dulu ko ingat ko kat mana sekarang? Haa, sedih? Telefon orang tua ko sekarang!,” tulisnya lagi beserta beberapa hashtag.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian bintang versatil itu.

Foto: Instagram Azhan Rani

Published by
Nazar Rafiqhi