Youtuber dan pengacara, Hazeman Huzir sekali lagi memberi peringatan buat pasangan yang telah terlanjur supaya tidak membuang atau menggugurkan kandungan mereka, sebaliknya serahkan sahaja kepadanya.

Menurut Hazeman atau lebih mesra disapa Haze, dia langsung tidak akan peduli mengenai kisah silam mana-mana pasangan kerana yang perlu diberi keutamaan ketika ini adalah keadaan bayi yang terbuang.

“Sekali lagi nak pesan, kalau tanak baby sila DM saya atau orang-orang yang komen di bawah ini.

Ads

“Kalau terpregnant, tapi malu nak cerita, seriously you think people like me will judge you ke? Sumpah tak peduli,” tulisnya.

Haze berkata demikian selepas tular di media sosial mengenai laporan Astro Awani tentang kisah seorang gadis dan teman lelaki yang direman gara-gara kes yang mendakwa bayi yang dilahirkan telah dicampak dari tingkat empat sebuah flat perumahan.

Kejadian berlaku di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ads

Tambah Haze lagi, lebih baik bayi tersebut diserahkan sahaja kepadanya supaya tiada masalah yang lebih berat akan timbul di kemudian hari.

“Sekarang ni your baby meh sini. Dari kau buat benda bukan-bukan,” katanya lagi.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan langkah tersebut malah turut berkongsi beberapa solusi lain untuk memastikan gejala pembuangan bayi ini tidak akan berlaku lagi.

“Kalau ‘Termengandung’…,” – Ini Peringatan Hazeman Huzir Buat Siapa? “Kalau ‘Termengandung’…,” – Ini Peringatan Hazeman Huzir Buat Siapa? “Kalau ‘Termengandung’…,” – Ini Peringatan Hazeman Huzir Buat Siapa?

Sumber: Twitter Hazeman Huzir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI