Penyanyi Datin Alyah menerima dengan hati yang terbuka apabila gimik api yang ingin dipersembahkan di program The Hardest Singing Show tidak dibenarkan pada saat akhir seterusnya merencatkan keseluruhan persembahan.
Menurut Alyah, keputusan tersebut terpaksa dibuat oleh pihak produksi bagi mengelakkan risiko pentas terbakar dan kecelakaan terhadap mereka yang terlibat dengan persembahan.
“Ada perasaan bercampur baur. Kecewa dan tidak kecewa. Kalau saya paksakan juga api itu, saya akan jadi kambing golek.
“Hati saya masih boleh menerima gimik tersebut tidak menjadi. Saya tidaklah terlalu ralat sampai nak marah-marah,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas tamat program The Hardest Singing Show malam tadi.
Pada masa sama, Alyah turut memaklumkan punca gimik tersebut terpaksa dibatalkan kerana salah seorang yang terlibat dengan persembahannya dikatakan telah terpijak minyak.
Ads
“Kejadian berlaku ketika kami beramai-ramai naik ke pentas dan salah seorang daripada kami telah terpijak minyak.
“Kalau api itu dihidupkan, potensi untuk pentas dan termasuk saya sekali terbakar memang agak teruk. Demi keselamatan, pihak produksi tidak hidupkan api.
“Saya tunggu juga bila api nak dihidupkan kemudian saya sedar yang api itu tiada. Jadi, saya teruskan juga. Saya faham kejadian tersebut,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, kejadian ini tidak mematahkan semangat Alyah untuk memberikan persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan.
Ads
“Umur saya pun sudah mencecah 40-an. Untuk menjayakan persembahan seperti yang dimahukan program ini, ia satu perkara yang sangat mencabar juga.
“Lagipun, saya memakai hijab dan untuk bergerak aktif macam adik-adik saya, mungkin ada kesan yang perlu saya hadap.
“Saya akan cuba yang terbaik. Saya ada di dalam program ini kerana diberi peluang dan mungkin rezeki buat saya. Tak cuba, tak tahu,” katanya lagi.
Ads
Ditanya sama ada dirinya tertekan untuk bersaing dengan peserta yang lebih muda, Alyah menyifatkan tekanan itu lebih terarah kepada diri sendiri.
“Tekanan itu lebih kepada diri sendiri. Saya sudah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lepas.
“Gastrik saya sudah hilang tapi perkara yang paling susah buat saya ketika ini adalah untuk mengawal vokal dan penafasan.
“Ruang simpanan angin dalam perut saya tidak seperti dahulu. Jadi, saya kena belajar semua dan saya baru tahu hal ini.
“Saya pun tak tahu yang saya dah hilang kekuatan itu. Saya tak boleh jadikan hal ini sebagai alasan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui dia masih mengharap dan kedua-duanya sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan yang terputus di tengah jalan itu.
“Sebenarnya saya masih berharap. Saya tidak mahu mengesahkan diri masih single. Hati saya masih dengan si dia.
“Saya nak cuba selagi boleh. Kami berdua masih berhubung dan saya berharap agar hubungan ini dapat dipulihkan semula,” ulasnya mengakui sukar melupakan cinta yang dibina sejak enam tahun lalu.
Walau bagaimanapun, ulas anggota De Fam ini, dia tidak mahu mengesahkan sebarang status kerana tidak mahu membelakangkan pihak di sana.
“Saya hanya mampu berharap dan biarkan ia berlaku dengan sendiri. Kalau ada jodoh saya bersama dia, adalah.
“Kalau tak ada, kita tengoklah macam mana,” tuturnya sewaktu ditemubual MH.
Terdahulu, hubungan cinta pelakon Seribu Rindu ini dengan kekasihnya, Yasser Khan putus di tengah jalan baru-baru ini apabila Azira dikatakan mahu fokus kepada kerjaya.
Foto – MH
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak, Harith Iskander berkongsi sebuah video menggambarkan keadaan sukar yang sedang melanda Amerika Syarikat.
Video tersebut merakamkan kata-kata wanita yang bertugas yang difahamkan bertugas sebagai jururawat, terpaksa berhenti kerja kerana mengakui akan risiko jangkitan yang berlaku.
Ini kerana, dia mendakwa petugas hospital tidak disediakan dengan alatan perlindungan secukupnya bagi merawat pesakit.
Jelasnya sambil mengalirkan air mata, dia ditugaskan merawat seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 di Unit Rawatan Rapi, namun tiada seorang pun kakitangan hospital dibekalkan dengan topeng muka.
Lebih menyedihkan, kesemua kakitangan didakwa turut berhubung rapat antara satu sama lain tanpa sebarang alatan perlindungan diri.
Jelas wanita itu lagi, dia faham akan kekurangan peralatan, namun dia juga harus melindungi diri dan keluarga daripada terkena jangkitan.
Katanya, keadaan tidak akan bertambah baik melihatkan bagaimana Amerika Syarikat menguruskan pandemik global itu.
Malah menurut seorang lagi petugas barisan hadapan, dia kecewa dan takut kerana mereka sendiri tidak mampu melindungi diri daripada jangkitan.
Antara lain, dia memberi perumpamaan, bagaimana mahu memadamkan api jika hanya diberikan pistol air.
“Our frontliners are our heroes at the moment. As a Malaysian it is our duty to support them to support us.
“That’s why my team at @thehopebranch.my has been using the funds raised to work hard and purchase and distribute aid to our frontliners. Face masks and surgical gowns already handled.
“Kudos @kementeriankesihatanmalaysia is doing an amazing job given the circumstances,” tulis Harith pada ruangan kapsyen video yang dikongsikan.
Penyampai radio Zayan, Anas Tahir tidak mampu menyembunyikan keterujaan apabila menerima hadiah istimewa daripada idola, Syeikh Mishary Rashid Alafasy, pengalun suara merdu bacaan suci Al-Quran paling popular ketika ini.
Anas sebelum ini pernah menjadi pemandu kepada lelaki berusia 43 tahun itu ketika kunjungannya ke Malaysia.
Menurut Mawi, Syeikh Mishary menyifatkan Anas sebagai seorang lelaki yang baik dan disayangi.
“Reaction Anas Koq bila terima kejutan dari Syeikh Mishary,” kongsi Mawi.
Satu contoh yang baik dalam memilih idola untuk dijadikan panduan hidup.
Foto : Instagram Mawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!