Negara ketika ini sedang berdukacita diatas pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi.

Pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin nyata memberikan kesan bukan sahaja buat rakan sejawat tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Antara yang turut menzahirkan rasa sedih diatas pemergian tokoh politik ini termasuklah pengacara dan pelawak, Azrul Zaidi.

Jelas Azrul, dia pernah menemuramah
Allahyarham Datuk Seri Salahuddin di sebuah progam televisyen dan ternyata arwah seorang yang sangat mudah didekati.

“Aku pernah mengacara sebuah program di RTM iaitu Bicara Pengguna. Rata-rata tetamu program ni adalah YB Menteri. Antara YB Menteri yang sempoi dan mesra ialah Allahyarham DS Salahuddin Ayob.

“Program ni live dan ada caller yang akan call dan juga soalan melalui FB. Sesetengah tetamu akan bagitahu jangan ambil call atau tapis dulu dan tak nak soalan dari FB tetapi tidak buat Allahyarham,” tulisnya.

Ads

“Kalau Tetamu Lain, Tak Nak Soalan FB,” – Tiada Tapisan & Berani Jawab Caller Netizen, Azrul Zaidi Kongsi Keperibadian Salahuddin Ayub

Kata Azrul lagi, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin merupakan seorang pemimpin yang berani untuk berhadapan dengan apa sahaja pertanyaan daripada masyarakat

“Beliau bagitahu apa saja yang hendak ditanya beliau akan jawap tanpa tapisan dan sebagai seorang pengacara bila dapat tetamu yang sempoi dan berdedikasi maka kita akan tenang dan tak kalut.

“Walaupun hanya sejam bersama namun dapat dilihat ketokohan dan mulianya hati seorang insan yg ikhlas membantu masalah rakyat. Kenangan bersama arwah akan aku simpan sampai bila-bila,” kongsinya lagi.

Ads

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

“Kalau Tetamu Lain, Tak Nak Soalan FB,” – Tiada Tapisan & Berani Jawab Caller Netizen, Azrul Zaidi Kongsi Keperibadian Salahuddin Ayub

Jumaat lalu, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam selepas mengalami mual serta muntah-muntah.

Ads

Doktor pakar kemudian mengesahkan beliau mengalami pendarahan otak dan selamat menjalani pembedahan serta berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor itu ditidurkan dan dipantau rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Jenazah Salahuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian pada jam 12.05 tengah hari tadi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azrul Zaidi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI