Pelakon dan pelawak, Man Raja Lawak memaklumkan dirinya telah terlibat dalam satu kemalangan motosikal baru-baru ini.
Menurut Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, kemalangan tersebut berlaku ketika dia ingin mengambil kereta untuk membawa keluarganya keluar ke pusat membeli belah, Times Square.
Jelasnya lagi, insiden tersebut telah menyebabkan beberapa bahagian tubuhnya cedera dan mengalami luka.
“Saya kemalangan. Lepas tu adalah luka sikit. Dekat siku yang pedih sikit tapi pasal kita dah janji dengan isteri dan anak nak ambil kereta dan bawa mereka keluar jalan-jalan ke Times Square, saya turutkan sahaja,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh juara program, Raja Lawak musim ke-5 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata itu turut memberi tahu, pada awalnya dia merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan keluarganya kerana tidak mahu menghampakan perasaan mereka yang sudah pun bersiap sedia untuk keluar.
Ads
Katanya lagi, dia juga sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk menggembirakan keluarganya.
“Kena tunaikan janji dan penuhkan impian mereka. Kalau saya tiada nyawa pun saya sanggup buat apa sahaja untuk diorang.
“Semua bahan bukti kena buang. Kena tukar pakai baju kemeja. Saya cuma nak mereka happy sampai saya tutup mata,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Man dan keluarganya akan terus bahagia sampai bila-bila.
Ads
“ALLAH, semoga cepat sembuh dan di permudahkan urusan Man and famili.
“Tapi luka kena rawat cepat-cepat. Nanti infection melarat pula.
“Tak kuat nak tengok video hang Man.
“Allah bang. Kuatnya bang. Terbaik bang.
Ads
“Hati-hati bro. Moga sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Menerusi posting berasingan, Man telah berkongsi sebuah video yang memaparkan reaksi keluarga saat dia memberitahu mengenai insiden kemalangan tersebut.
“Lepas sampai Times Square baru cerita dekat diorang jatuh motor masa nak pergi ambil kereta. Nasib baik abang dah ajar awal-awal kat diorang apa jua keadaan dan dugaan yang datang kita kena cool and steady,” ujarnya.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 30,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Man Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan akrab pelakon dan usahawan Nur Fazura dengan Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin sememangnya diketahui umum.
Terbaharu, Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj dan Permaisuri berkenan menghadiahkan sebuah potret yang memaparkan wajah Fazura, suami, aktor Fattah Amin serta puteri mereka, Nur Fatima Aisya.
Fazura, 39, berkongsikan momen gembira itu di laman Instagram miliknya dengan menyertakan ucapan penghargaannya.
“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.
“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini.
“Kenangan ini amat bernilai buat patik sekeluarga dan akan diabadikan selamanya. Junjung kasih Tuanku,” tulis Fazura di ruangan kapsyen.
Sebelum ini juga anak Fazura pernah menerima seutas rantai berlian daripada Permaisuri sempena meraikan ulang tahun pertama kelahiran Fatima pada Oktober tahun lalu.
Fazura dan Permaisuri juga baru-baru ini meluangkan masa bersama menonton konsert band terkenal Indonesia, Dewa 19 yang berlangsung di Axiata Arena pada 10 September lalu.
Sekadar info, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa kecewa apabila ada pelakon senior kini dipandang sebelah mata.
Malah, ia turut terkait dengan isu bayaran dan kurang mendapat tawaran daripada mana-mana pihak produksi.
Amyza ditemui di PWTC pada Rabu berkata, industri hiburan tempatan kini lazimnya menilai bakat menerusi bilangan pengikut (followers) di Instagram.
Ia sekali gus menjadikan pelakon senior kurang mendapat perhatian.
“Ini adalah realiti di zaman teknologi yang serba canggih seperti adanya media sosial.
“Sejak bila pula bakat seseorang artis itu dinilai mengikut followers? Saya sangat sedih apabila isu ini timbul.
“Kalau dahulu, pelakon-pelakon dikenali menerusi bakat mereka, sekali gus naskhah yang mereka lakonkan meletop juga,” kata Amyza kepada MH.
Dalam pada itu, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2019 ini juga mahu setiap bakat anak seni itu dipandang sama rata.
“Kalau melibatkan drama, lebihkan kepada bakat seseorang anak seni itu, bukannya followers di IG.
“Apabila bercakap mengenai kerja pula, tolong beri tumpuan sepenuhnya dan kategorikan antara bakat dan followers.
“Artis pertengahan umur (middle age) seperti saya ini atau yang seangkatan kini kurang diterima lagi kerana faktor usia,” ujarnya.
Terdahulu, pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan agar tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek untuk kelihatan tua bagi memegang watak veteran dalam drama atau telefilem mulai tahun depan.
Peraturan itu dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran dan sekali gus, ia memberi reaksi yang pelbagai.
Foto: Instagram Amyza Aznan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang versatil, Erra Fazira ada memberikan reaksi sejurus diundang sebagai pengacara bersama Nabil Ahmad menerusi program hiburan, MeleTop.
Sambil menyatakan rasa senang atas jemputan selain ditemani rakan hos yang sedia hebat, Erra terdahulu menjelaskan kehadirannya ke set rancangan tersebut hanyalah sebagai hos jemputan sahaja.
“Semalam. Menjadi pengacara JEMPUTAN @meletop! Perghhhh sudah dijangka pasti ada pihak yg tembak krn mahukan artis favourite mereka yg beraksi.
”Sabaooooo adik adik.. ini JEMPUTAN sahaja. Minggu depan orang lain pulak k, chill chill dong,” jelas Erra yang turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat.
“Apapun, thank you @nabilzira yg mmg spontan dan selamba dek jer dia mengacara, kurang sikit nervous bila bergandingan dgn org hebat!! Keep it up bro!! U mmg win!!!
”Thank you team meletop sudi undang saya, set baru mmg mengancammm!! Tantekkkkk nampak wow!
”Ada rezeki insyaAllah panggil lagi k! Nak pakai baju pelik pelik tapi benar lagiiii,” katanya menerusi entri yang disertakan dengan beberapa kepingan aksi kandid.