Pelawak dan pengacara, Jihan Muse mengakui dirinya turut berasa senang melihat perubahan yang berlaku terhadap rakan selebriti, Nabil Ahmad lebih-lebih lagi selepas dia menyertai sebuah program tabligh baru-baru ini.
Jelas Jihan, pada ketika ini, dia memang nampak yang sahabatnya itu sedang berusaha untuk berubah kearah kebaikkan.
Katanya lagi, perubahan ini bukan hanya berlaku kepada Nabil sahaja tetapi buat dirinya juga.
“Saya ada sesi pengambaran bersama dia untuk program Gegar Vaganza Raya. Pada ketika itu, dia baru je lepas sertai program tabligh.
“Saya ada bertanya kepada dia, apa yang membuatkan dia terbuka hati untuk pergi program tabligh tu? Dia kata kepada saya, walaupun dah pergi haji beberapa kali, dia sendiri tak sangka hidayah tu dia jumpa di Batang Kali je.
“Apa yang saya nampak setakat ini, bila sosal kerja tu, dia tidaklah berubah begitu ketara. Cuma dia ada mintak dengan pihak produksi untuk ubah dan tidak bercakap mengenai beberapa perkara ketika program tersebut berlangsung.
“Saya nampak dia berusaha untuk pergi ke arah kebaikkan. Saya rasa perkara seperti ini berlaku kepada semua orang dan bukan Nabil sahaja. Sebagai manusia, kita semua nak menjadi lebih baik.
Ads
“Tapi kadang-kadang, komitmen kerja tu yang memerlukan kita bawa karekter seperti itu. Ada kalanya kita rasa berat hari nak buat, tapi dah jadi tuntutan,” katanya kepada MH.
Pengacara program Gegar Vaganza itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Selebriti Prihatin Bersama Rumah Bakti Al-Kausar yang berlangsung di Wisma Jakel pada Selasa.
Dalam pada itu, Jihan turut mendedahkan dia akan sentiasa menyokong usaha semua pihak termasuklah rakan artis yang ingin berubah ke arah kebaikkan.
Ads
“Saya tidak tahu macam mana perancangan Nabil bila melibatkan soal kerja selepas ini, tapi apa yang dia buat, kita akan sokong.
“Apa yang berlaku sekarang ini, saya nampak ramai selebriti nak berubah seperti Neelofa dan Zara Zya termasuklah diri saya sendiri. Saya rasa semua ini adalah hikmah daripada PKP. Saya nampak ramai kawan-kawan saya dah berubah ke arah kebaikkan.
“Saya harap kita semua istiqomah. Nak berubah tu mudah je, nak kekalkan tu yang susah. Macam saya yang bekerja di dalam industri ni, saya cuba untuk jaga batas dan menapis program-progam yang menyukarkan saya untuk berubah,” ujarnya lagi.
Ads
Ketika ditanya adakah mereka masih ingin menjadi tonggak utama bagi program Gegar Vaganza pada edisi akan datang, Jihan menyifatkan corak program tersebut masih boleh diubah asalkan tidak bertentangan dengan konsep asal.
“Saya tidak tahu lagi perancangan mengenai Gegar Vaganza yang terbaru. Tapi kalau teraju utamanya, Haji Nabil dah berubah, mungkin konsepnya juga akan berbeza.
“Saya sendiri nampak, sewaktu program Meletop pun Nabil dah berbeza cara pembawakannya. Kalau GV ini masih diteruskan, mungkin ada perubahan sedikit.
“Kalau diikutkan GV ni daripada awal, selain daripada pihak produksi yang menyediakan idea yang bagus, tonggak program ini tetap kepada hosnya. Kami yang mencorakkan program ini. Saya rasa untuk tukar style, mungkin tiada masalah.
“Selagi program tersebut masih mengekalkan konsep pertandingan menyanyi untuk artis-artis senior, saya rasa konsepnya masih boleh diimprovasikan,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pernah bergandingan menerusi filem SH3 arahan Zek Zukry pada tahun 2004, pelakon Fasha Sandha turut berduka cita atas pemergian Ashraf Sinclair, hari ini.
Arwah telah menghembuskan nafas terakhir jam 4:51 pagi tadi di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia.
Fasha turut memuat naik foto Allahyarham sekelurga di Intagram miliknya.
“Hanya Ajal memisahkan mereka. Kesayanganku, mohon ambil masa seketika untuk sedekahkan Al Fatihah buat sahabat kita semua dari seberang yang baru meninggal pagi tadi kerana serangan Jantung.
“Al Fatihah. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Salam Takziah buat BCL dan keluarga,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, Fasha membalas komen seorang invidu apabila dia berasa sedih atas pemergian Ahsraf yang pernah bergandingan dengannya menerusi filem SH3.
“Lately ni yg telah pulang kpd penciptanya pernah betlakon dgn fashakan..ashraf pernah jd hero fasha filem SH3,” komen seorang individu.
Lantas, pelakon itu telah memberikan respon.
“Ya true. Sedihnya, ramai yang baik2 pergi dulu,” balasnya.
Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia jam 4:51 pagi tadi pada usia 40 tahun dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, 10 tahun.
Terdahulu, filem yang mengisahkan kehidupan pelajar kolej dalam percintaan tiga segi itu turut dibintangi Nasreen Ngasri, Opie Zami dan Fara Fauzana.
Foto : Instagram Fasha Sandha, Google, Youtube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi yang juga kakak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Saida Tarudin yang telah pun selamat bergelar isteri buat kali ketiga, semalam.
Difahamkan Saida, 44, memilih lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Aizal dan majlis raja sehari mereka turut dihadiri insan rapat kedua belah pihak, sebagaimana yang dikongsikan tetamu yang hadir menerusi media sosial.
Malah pada entri terbaru yang dimuat naik Saida bersempena dengan ulang tahun anak lelakinya di Instagram, penyanyi lagu Sedalamnya Cinta ini turut menerima ucapan tahniah.
“Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak kesayangan saya Siti Norsaida Tarudin bersama pasangannya.
“Doa adikmu agar bahagia hingga ke Jannah. Terima kasih suamiku hadir bersama walaupun Subuh tadi dah keluar menyertai pertandingan kayuhan lasak MTB di Putrajaya. Love you darling,” tulis Siti di Instagram.
Penghibur itu turut berkongsi beberapa momen indah majlis resepsi mereka di Insta Stories.
Terdahulu, Saida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Kemudian Saida berkahwin kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat, 41. Namun, tidak dapat dipastikan perincian mengenai perpisahannya dengan suami kedua itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham tidak menolak kemungkinan bakal melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya, Tasha Awie pada tahun ini juga.
Menurut Ayie, segala perancangan tetap bergantung kepada situasi negara yang ketika ini sedang berperang dengan wabak pendemik Covid-19.
“InsyaAllah kami akan melangsungkannya dalam tahun ini juga. Mengikut perancangan kami, majlis akan diadakan pada bulan Oktober atau November depan.
“Apapun, ia tetap bergantung kepada situasi pendemik yang melanda negara ketika ini. Kalau keadaan mengizinkan, kami akan adakan majlis.
“Buat masa sekarang kami belum merancang apa-apa lagi mengenai soal majlis,” katanya kepada MH.
Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah berkata sedemikian sewaktu ditemui media di Konsert Digital Jelajah Suria baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ayie turut mendedahkan dia bersama tunangnya memilih untuk tidak terlalu memikirkan mengenai soal dugaan bertunang kerana beanggapan perkara tersebut hanya akan menjejaskan keharmonian hubungan mereka.
“Bercakap tentang dugaan ni, kalau kita terlalu fikirkan sangat, dia akan datang juga. Bagi saya dan tunang pula, kami dah cakap awal-awal yang kita tak perlu fikir pasal dugaan.
“Kami rasa kalau kami terlalu fikirkan sangat, dugaan itu akan datang sendiri. Buat masa sekarang, kami juga sedang fokus dengan bisnes kafe dan vendor di sebuah foodcourt milik anggota kumpulan Floor 88 juga.
“Kami tak nak fikir pasal dugaan sebab sesetengah orang selalu cakap dugaan bertunang ni berat. Jadi, kami kalau boleh nak elakkan daripada perkara tersebut,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia bimbang populariti Floor 88 dan dirinya akan merudum selepas berkahwin, ini reaksi balas yang disuarakan oleh penyanyi asal Sabah itu;
“InsyaAllah saya harap tidak akan jadilah perkara seperti itu. Saya harap mereka faham yang jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu di tangan Allah..
“Mungkin ini jodoh saya dan kalau dipercepatkan Alhamdulillah. Saya harap anda semua dapat mendoakan kesejahteraan saya dan pasangan. Semoga apa yang kami rancang sama ada soal berkeluarga atau kerjaya, harapnya dapat dipermudahkan,” ujarnya.
Terdahulu, Ayie dan Tasha telah pun melangsungkan majlis pertunangan mereka pada tanggal 2 Januari lalu di sebuah premis acara di ibu negara.
Foto: Instagram Ayie Floor 88
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!