Usahawan dan penyanyi, Fynn Jamal mengakui berasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang mengambil mudah mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.
Jelas Fynn, meskipun dia sering menerima jemputan untuk menghadiri program di negeri-negeri lain, dia tetap tidak menggunakan kesempatan tersebut untuk berseronok atau bersiar-siar.
Tambah memilukan, dia juga tidak berkesempatan untuk pulang mengziarahi ahli keluarganya yang meninggal dunia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
“Surat keizinan lepas ke mana, ke situ aje lah kita. HR aku macam kerani apa buat surat je kije. Ke mana-man buat surat. Spesifik. Aku ada jemputan kat KL pun, ke mana ditulis alamat tu, ke situ ajelah aku. Takde ngonar.
“Penat lah. Penat kadang-kadang jadi orang yang akur undang-undang tau tak. Aku ni lama sangat tak peluk abah. Dalam bulan ni aje ada dua sepupu baya-baya aku ajal mengejut.
“Nak be with family pun tak boleh. Memang ada kelonggaran kalau kematian tapi kalau dalam dunia ni semua memang patuh SOP, boleh la. Kalau kita pakai baju besi pun orang lain ke hulu hilir tak jaga dan singgah-singgah, tetap takde fungsi,” tulisnya.
Rasa kesal itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Arjuna Beta itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, ibu kepadadua orang anak ini turut berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan telus bagi menangani isu peserti ini.
“Dan minta maaf tapi perlu jugak nak refute statement pihak atasan yang kata nak bukak kertas kerja bagai. Kenapa orang ada nama, orang besar-besar nak bincang-bincang bukak kertas la apa. Yang lain-lain main tulis je terus kompaun?
“Mana orang tak sakit hati. Nama standard operating procedure tapi pelaksanaan tak standard. Kejap boleh kejap tak boleh. Kejap orang ni ok kejap orang ni tak ok.
Pening. Rasa sedih camni,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Fynn turut berharap agar mereka yang dibenarkan merentas negeri untuk tidak memuat naik segala aktiviti mereka di media sosial
“Pastu yang ada nama ke ada duit ke, boleh tak mintak jasa baik nak buat apa pun BUATLAHHHHHHH CUMA JANGAN UPLOAD. PLEASE!!
“Benda orang tak tau, orang tak peduli. Nak nangis rasa dan orang bukan jeles pun. Nak buat apa pun buat lah. Orang rindu mak abah tau tak. aku dah call / video call HARI-HARI tau. Memang tak puas.
“Untuk pihak berwajib, amanahlah. Takutlah الله. Adil lah dan jangan hukum orang lain yang patuh! Kalau macam ni lah kami yang taat ni kena sama, baik kami pun langgar je semua,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa yang sama selain turut berharap agar kita dapat mematuhi arahan SOP sebaiknya selepas ini.
Sumber: Instagram Fynn Jamal