Selepas kali kedua berada pada kedudukan tiga paling corot, tuah tidak menyebelahi Naufal Azrin apabila penyanyi itu diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam saingan minggu ketiga Big Stage 5 (BS5), malam tadi.
Naufal yang menyampaikan lagu Only yang dipopularkan oleh Lee Hi gagal menambat hati juri, Ajai dan Aina Abdul untuk mara bersaing bertanding di BS5 minggu hadapan.
“Kali kedua dapat bottom three, terima kasih kepada semua yang menyokong. Doakan saya agar dapat memberikan yang terbaik di luar sana,” katanya sejurus selesai segmen terakhir.
Bertemakan Asmaraloka, kesemua peserta BS5 minggu ini diadili juri tetap Ajai dan Aina Abdul bersama juri jemputan, Ernie Zakri.
Dikongsikan kedudukan kesemua peserta bertanding minggu ini berdasarkan markah yang diberikan juri profesional;
Sementara itu, Putera Muhammad memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 bersiaran secara langsung dari Auditorium
MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini