“Kali Kedua Putus Cinta, Saya Berniat Untuk Dikenali Di Peringkat Dunia,” – Neelofa Buka Kisah Terkait Ex Boyfriend, Akui Patah Hati

Share

Menerusi program Trek Selebriti, usahawan dan pengacara popular, Neelofa ada membuka kisah cinta lamanya kepada umum.

Malah dia turut mengakui sangat kecewa sewaktu percintaan yang terjalin tiba-tiba putus di tengah jalan.

Namun, dia terus bangkit demi membuktikan putus cinta membuatkannya lebih bersemangat dalam memburu kejayaan.

“Sebenarnya sewaktu saya mula-mula menceburi bidang hijab dan lens, saya tengah patah hati. Saya sangat kecewa dengan bekas kekasih pada waktu itu.

“Saya masih muda, baru 25 tahun dan masih mencari-cari identiti. Apa yang mahu dilakukan. Disebabkan sedih dan kecewa, saya salurkan ke dalam bidang perniagaan.

“Saya kerja sehingga jam 4.00 pagi dan setiap hari begini.

“Saya mahu buktikan kepada orang yang saya kenal bahawa dengan dia atau bukan, saya wanita yang kuat, saya boleh menjadi seseorang,” jelasnya jujur.

Usahawan ini turut mengulas detik putus cinta buat kali kedua Juga.

Dedahnya, kekecewaan membuatkan dia mahu menjadi yang lebih baik.

“Kali kedua saya putus cinta, saya berniat untuk terus dikenali ke peringkat dunia, saya mahu jenama saya ke peringkat lebih luas.

“Bila putus cinta, saya tidak duduk dalam bilik dan menangis. Saya bukan begitu. Saya gunakan kesedihan dan kekecewaan untuk sesuatu yang lebih bagus.

“Walaupun awak fikir awak lebih baik encik ex boyfriend, saya boleh menjadi yang lebih baik daripada awak,” jelasnya.

Perkongsian ini memberikan inspirasi buat netizen dan menjadikan Neelofa sebagai idola.

Lebih menarik, ramai juga yang meneka dan berteka-teki mengenai bekas kekasih yang dimaksudkan.

Foto : Instagram Trek Selebriti

Published by
Noraini Abd Wahab