Menerusi Instagram, penyanyi Nourul Depp ada memuat naik foto kenangan bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah yang dirakam ketika anaknya berusia sekitar tiga tahun.
Sambil merakamkan rasa syukur atas kehadiran pertama hatinya itu yang disifatkan sebagai anak yang baik, penyanyi yang sinomim menerusi lagu Kerana Terluka ini juga turut berbangga kerana anaknya itu turut memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian.
”Masa tu Ayu 3 tahun rasanya. Kat redang ka, kat tioman . Haaa muka Ayu sama macam #isabelladepp kan?
”Terima kasih puan @zalikhazulhaimi yang hantaq gambaq ni Kenangan sungguh!
“Anak kecik ni dah besaq dah. Tak pernah berenti buat kami bangga denagn dia. Lahirkan dia ke dunia ni pun dah buatkan kami bangga.
”Anak yang sangat baik. Tak pernah menyusahkan atau menyakitkan kami.
”Kali ke empat dapat anugerah dekan dari #unimas. MasyaAllah tabarakallah. Terima kasih di atas nikmat ini. Tahniah @ayu_ace, Mama love you,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah atas kejayaan anak remajanya itu.
Nourul sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Kemudian Nourul melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Foto: Instagram Nourul Depp