Pelakon Azhan Rani ada berkongsi cerita mengenai dirinya yang sudah menjalani ujian saringan Covid-19 untuk kali ketiga di sebuah klinik swasta di Melaka.

Azhan memaklumkan ujian saringan tersebut dilakukan selepas beberapa rakan kerjanya disahkan positif wabak penyakit tersebut sebelum ini.

Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun meluahkan rasa syukur apabila keputusan ujian saringan tersebut negatif.

“Kali Ni Sedikit Berdebar Memandangkan Beberapa Rakan Kerja…,” – Azhan Rani Buat Ujian Calitan Covid-19 Kali Ketiga, Keputusannya…

“Syukur alhamdulillah. Walaupun ini swab test kali ketiga tapi kali ni sedikit berdebar nak buat memandangkan ada beberapa rakan kerja sebelum ni kecundang dengan keputusan swab test ni.

“Atas rasa tak sedap hati dan nak puaskan hati malam ni juga gagah mencari mana2 klinik di melaka ni yang boleh buat swab test.

Ads

“Syukur dr farhana dari poliklinik fasha bukit beruang sanggup tunggu saya sebagai patient terakhir hari ni. dengan izin Allah yang Maha Penyayang results yang keluar juga negative. syukur atas izin Allah ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Nur ini menyarakan agar orang ramai tidak memberikan perspektif negatif terhadap individu yang telah dijangkiti wabak Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Ads

“Doa saya untuk rakan2 yang sedang dalam kuarantin juga cepat sembuh. semoga kita juga sama2 lebih tenang berdepan dengan masalah ni.

“Tak ada sesiapa yang mahu dijangkiti dan berjaga macam mana pun kalau dah takdirnya kita kadang2 tak upaya nak kawal orang yang kita berselisih atau jumpa.

“Andai ada kenalan dan keluarga yang terkena hadapi dengan tenang. jangan dipandang sebagai musuh. dalam tempoh kuarantin dan kawalan kkm pun in shaallah ramai je yang mampu sembuh. doakan mereka sihat dan kita dijauhkan.

Ads

“Setahun lebih bersama corona ni seharusnya buat kita sudah matang. in shaallah.

“Doakan juga perjalanan mencari rezeki saya di melaka bersama2 team #keluargauntukdisewa dengan team @elevenfieldcreative di melaka ini dipermudahkan dan dilindungi Allah SWT. amin #syukuralhamdulillah,” tulisnya panjang lebar di akaun Instagram miliknya.

“Kali Ni Sedikit Berdebar Memandangkan Beberapa Rakan Kerja…,” – Azhan Rani Buat Ujian Calitan Covid-19 Kali Ketiga, Keputusannya…

Foto: Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI