Segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi selama tiga hari di Persidangan Radio Eropah 2022 di Malmo Massan, Sweden akan digunakan sebaiknya oleh penyampai radio, DJ Lin.
Lin akui teruja dalam menimba pelbagai ilmu daripada pencinta radio dan mereka yang aktif dalam bidang itu dari serata dunia.
View this post on Instagram
“Segala info, ilmu serta pengalaman yang diperolehi menerusi tiga hari persidangan ini akan saya gunakan sebaiknya dalam usaha memantapkan lagi stesen radio Suria FM dari semasa ke semasa.
“Ini merupakan kali pertama Dj Lin yang menyertai Persidangan Radio di luar negara sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam Industri radio di Malaysia,” katanya.
Pemilik nama penuh Roslinda Abdul Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM ini berkata, antara fokus utama dalam persidangan itu ialah perkembangan
radio digital serta usaha menarik golongan muda untuk mendengar radio.
Jelasnya, pelbagai pengisian dalam bentuk bual bicara serta perkongsian pengalaman berkenaan isu berkaitan dunia radio.
Pada masa sama, kebangkitan drama audio dan podcast turut menjadi antara perkara yang diberikan perhatian dalam persidangan berkenaan.
“Jujurnya saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyertai Persidangan Radio Eropah 2022 di Makmo Sweden ini.
“Ini merupakan satu peluang keemasan dan kak lin berasa sangat teruja untuk saya kerana selain dapat menimba ilmu serta pengalaman baru berkenaan perkembangan dunia radio pada masa kini dan juga tentang masa depan dunia radio itu sendiri,” katanya lagi.
View this post on Instagram
DJ Lin akan berada selama 10 hari di luar negara termasuk Sweeden, Denmark, London dan Paris serta pulang ke malaysia pada 24 Mei depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI