
Baru-baru ini, pelakon Amanda Misbun sempat bertemu dengan rakan selebriti, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom.
Di samping meluahkan rasa teruja ketika pertemuan itu, Amanda turut mendedahkan kali terakhir mereka bersama-sama dalam sebuah projek sekitar 13 tahun lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, adik kepada aktres Haliza Misbun ini menceritakan sikap keperibadian Elly.
Selain kekal dengan perwatakannya yang manja, Amanda menyifatkan pelakon drama Kampung People itu sebagai kelakar dan sentiasa merendah diri.
“Last kerja dengan Kak Lina PomPom @iamellymazlein 12 ke 13 tahun lepas untuk drama Na-O-Mei. Alhamdulillah harini dapat jumpa Kak Lina dan dapat kenalkan Kak Lina dengan anak-anak i.
“Still so manja, so humble and so funny which i love! Thank you bagi kids early duit raya semoga bertambah-tambah rezeki Kak Lina satu family!,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amanda Misbun
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Hormati Marsha, Satu Penghargaan Dapat Sama-Sama Atas Pentas AJL36,” – Saingan Vokal Aina Abdul? Ini Kata Tuan Badan

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Aina Abdul terharu jika ada yang memberikan reaksi persaingan sengitnya ialah Marsha Milan bagi kategori berkenaan.
Aina berkata, jika ada yang memberikan pendapat sedemikian, ia satu penghargaan besar bagi dirinya.
“Ketika kak Marsha tengah membuat persembahan, saya sedang tukar persalinan untuk lagu seterusnya. Saya ‘kering tekak’, terus minum air,” seloroh Aina.
“Saya hormati Marsha. Malah masih ingat lagi, saya salah seorang peminat yang mengundinya ketika dia bertanding di Akademi Fantasia dulu.
“Jadi untuk bersama-sama denganya di pentas AJL dan kalau dikatakan persaingan sengit (vokal) bersama Marsha, saya rasa itu satu penghargaan. Alhamdulillah,” katanya.
Mengulas mengenai dua persalinan unik yang digayakan, Aina yang turut merangkul trofi Pilihan Penyanyi Popular AJL36 di samping Khai Bahar berterima kasih kepada semua terlibat bersama skuad cantiknya.
“Untuk baju bagi lagu Sepi, ia diinspirasi menerusi persalinan yang dipakai selebriti antara bangsa di majlis anugerah seperti Grammy, Oscar dan sebagainya.
“Malah trofi AJL juga warna keemasan. Jadi kita nak berikan ‘vibe’ seolah-olah kalau tak memang pun, kita sudah rasa seperti juara.
“Ia busana ilham Tsyahmi yang turut mereka pakaian saya menerusi lagu Sumpah di AJL34. Harapnya ramai yang suka dengan penampilan saya hari ini,” katanya.
Aina turut berkongsi gaun yang dilatari dengan bungaan segar menerusi lagu Nafas Cinta pula hasilan pereka terkenal, Melinda Looi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Idzu ‘Sepohon Kayu’ Kini Bergelar Datuk

Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan, Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, hari ini.
Dr Idzu, 43, atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin berkata, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif.
“Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.
“Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.
“Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yg sangat mengujakan,” katanya.
Idzu yang juga pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd sejak 13 tahun lalu, berterima kasih atas penganugerahan diberikan.
“Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini,” katanya.
Terdahulu, Cell Tissue Technology Sdn Bhd ditubuhkan pada 2010 sebagai syarikat berteknologi perubatan maju di Malaysia. Ia adalah ‘spin-off’ daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga universiti dan institut penyelidikan terkemuka di negara ini.
Syarikat itu juga menjadi peneraju utama dalam bidang Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif di Malaysia sejak penubuhannya. Malah, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cell Tissue Group merangkumi teknologi perubatan canggih yang berpusat pada Terapi Sel Stem, Imunoterapi Berasaskan Sel, serta Terapi Secretome dan Exosome.
Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.
Antaranya, Pengiktirafan SOONICORN oleh MOSTI (2024), Pengiktirafan Top 30 Usahawan Techno Dreams oleh MTDC (2023), Pengiktirafan sebagai Malaysia’s New Industrial Plan 2030 oleh MITI dan MIDA, Sumbangan Teknologi Terkini 3D Bioprinters Bernilai RM0.5 juta Kepada UKM dan banyak lagi.
Selain itu, pada 2016 dia juga mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s ‘First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin’ dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records.
Terbaharu, kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Dedah 9 Maksud Sebenar Di Balik Lagu Faizal Tahir Ragaman, Ada Kaitan Dengan Wanita Cenggeng Dan…

Lagu Ragaman nyanyian Faizal Tahir kini trending dan menjadi siualan ramai.
Dek keunikan dan maksud yang tersirat, individu ini mendedahkan maksud sebenar lagu tersebut.
Individu yang dikenali sebagai Farhan Ismail turut berkongsi maksud tersirat bait-bait lagu Ragaman menerusi FB.
“Ragaman
Aku baru je terjebak dengar lagu ni. Waktu sesat kat kubur Cina hari tu.
Pada mulanya aku dengar lagu ni disebabkan muzik dia. Tetapi setelah aku tonton video klip dia, barulah aku faham 100% apa mesej sebenar lagu ini.
1. Kalau nak hidup berdua, banyak ragam yang akan kita kena hadapi. Bagi seorang lelaki seperti aku, walaupun masih bujang dan pernah bercinta dan putus dan pergi jahanam, aku tafsirkan ragaman perempuan yang selalu buat lelaki tak keruan.
2. Perempuan ni sebenarnya dia sendiri pun tak faham diri dia tapi dia mintak lelaki faham dia. Ini adalah antara masalah terbesar yang kaum lelaki kena belajar dan hadap sampai mati.
Lagu mengenai sifat wanita
3. Perempuan tak reti nak berterus terang. Merajuk, suka pendam, berkias. Ada masalah lebih suka cari kawan-kawan. Jadi korang dah tahulah kenapa 99% kuman dekat KRT itu adalah perempuan.
4. Perempuan sangat sensitif. Hal-hal kecik akan dianggap besar. Bila lelaki gagal untuk faham benda ni, 99% perempuan akan anggap lelaki tu tak hargai dia.
5. Perempuan sebenarnya faham. Tetapi jarang nak buat-buat faham. Sebagai contoh dia tahu kita penat, dia ajak keluar. Nanti bila dah jumpa dia akan cakap “kesian kan awak penat”.
6. Bila dengan lelaki yang dia sayang, nak buka peti ais pun tak larat. Bila takda lelaki dia, Gunung Everest pun dia daki.
Setiap perhubungan haruslah ada kesabaran
7. Perempuan cakap lain, tapi dalam hati lain. Cakapnya selalu menyakitkan hati, tapi dalam hati masih sayang. Mintak putus, minta cerai, padahal dia nakkan perhatian. Tetapi yang ajaibnya diorang ni, kalau dah putus ke apa, mudah sangat dia dapat pengganti baru . Macam minum air tebu ikat tepi.
8. Perempuan kalau dah sayang, spender kau pun dia rasa wangi. Tetapi kalau dia dah mula benci, sabun dettol pun dia cakap bau kaki.
9. Perempuan selalu betul.
Kesimpulan dia, aku faham apa yang Faizal Taher nak sampaikan melalui mesej lagu ni. Sabar, sabar, sabar. Sebab bila dia tiada, kita akan merindui segalanya tentang dia. Nikmat bercinta, hidup berdua sampai tua akan dikenang bila tiba hari tua kelak. Nak nak kalau salah seorang pergi dahulu. Waktu itulah baru kita tahu yang tuhan dah hadirkan seorang malaikat untuk jaga kita walaupun hanya untuk sementara.
Tahniah adalah ucapan ikhlas dari aku untuk sebuah karya yang genius seperti ini. Yang lari dari tipikal lagu-lagu zaman sekarang,”
Untuk rekod, lagu ‘berhantu’ itu telah mencecah 10 juta tontonan. Tahniah Faizal Tahir kerana memberi kelainan dalam industri muzik tempatan!
Sumber : Facebook Farhan Ismail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI