Bagi setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang pasti akan merasai sedih dan hiba.
Terbaru, penyanyi yang terkenal lagu Di Persimpangan Dilema itu telah mengimbau kembali kenangan saat arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi disembahyangkan.
Difahamkan, tahun ini merupakan tahun ketiga Nora bergelar balu kepada komposer terkenal itu.
“Siapapun kita. Inilah pengakhiran kita.
Kali terakhir melihat Johan Nawawi,” tulisnya.
Di samping itu, peminat juga turut berasa sedih dan bersimpati terhadap nasib yang menimpa dalam hidup Nora.
Terdahulu arwah suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pasa 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Foto : Instagram Nora Ariffin