Bakal mempersembahkan lagu Tinting yang dipopularkan oleh Noraniza Idris, Naqiu akui ia menjadi cabaran paling besar buatnya dalam saingan Gegar Vaganza 6 (GV6) setakat ini.
Apa tidaknya, bintang berusia 33 tahun itu mengakui lagu-lagu asli merupakan antara genre yang jarang dinyanyikan.
“Lagu wanita dan tradisional. Dulu saya pernah sertai pertandingan nyanyian lagu asli ketika usia 13 tahun. Selepas itu saya tidak nyanyian lagu asli langsung.
“Saya pernah dengar lagu tersebut tetapi tak pernah nyanyi dan lirik pun tak ingat,” katanya jujur sejurus sidang media.
Malah kongsi Naqiu lagi, kali terakhir ia menyanyikan lagu tradisional adalah kira-kira 19 tahun lalu menerusi sebuah pertandingan.
“Kali terakhir tahun 2000 saya nyanyikan lagu tradisional peringkat kebangsaan.
“Sebenarnya arwah mak saya adalah ‘champion’ kepada lagu-lagu irama asli,” jelas Naqiu yang pernah muncul johan dalam pertandingan ghazal peringkat kebangsaan.
Tinting merupakan lagu kedua dari penyanyi wanita yang dipersembahkan Naqiu.
Menerusi saingan minggu kelapan Ahad lagu, penyanyi itu mendendangkan lagu Percayalah, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Naqiu turut berkongsi kesukaran menyanyikan lagu berkenaan menerusi YouTube Media Hiburan.