Drama rantaian, Setelah Terlafaznya Akad yang dibintangi dua pelakon utamanya, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun melabuhan tirainya semalam dengan pengakhiran yang ‘happy ending’, sekali gus membuatkan ramai pencinta drama tempatan berpuas hati.

Mendapat reaksi pelbagai peminat, tidak dinafikan drama bersiri arahan Michael Ang itu menjadi antara drama rantaian paling popular tahun ini.

Lalu bersempena dengan episod akhirnya itu, para pelakon tidak lekang untuk memuat naik foto bersama, seterusnya memberikan kredit serta ucapan terima kasih buat peminat yang mengikuti dan memberi sokongan.

Heronya, Kamal Adli turut tidak lepaskan peluang untuk memberikan penghargaan serta dedikasi kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan drama 28 episod ini.

“TQ so muchhhhh semua!!!! team #setelahterlafaznyaakad kami labuhkan tirai drama ini. tq semuaa!! tq astro, director @michaelang38 team produksi, crew semuaaa!!

“my heroin @uqashasenrose2 tq soo much ! semua pelakon2 hebat yg lain! tq sgt2! sy harap anda happy n puas hati dgn karya kali ini. maaf kalau ada yg kurang dr segi persembahan kami.. Allah bless u all!,” tulis Kamal.

Sementara itu menerusi ruangan komen pula, para peminat kebanyakannya memberikan respon positif terhadap drama tersebut. Malah ada yang meminta agar drama ini diteruskan untuk edisi ‘Setelah Terlafaznya Akad Raya’.

Foto: Instagram Kamal Ali, Uqasha Senrose