Penyanyi Afif Tirmizie kini tampil dengan lagu terbaru yang berjudul Maaf yang menjadi perantara dalam meneruskan legasinya dalam industri seni tempatan.
Untuk pengetahuan, Maaf menjadi runut bunyi dalam drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang dan bagaikan dengan plot cerita drama itu sendiri, begitulah corak penyampaian penyanyi berusia 34 tahun ini dalam lagu ini yang menyentuh soal kemaafan.
Berbekalkan lirik penuh emosi, mesej yang ingin disampaikan adalah mengenai setiap manusia biasa pasti melakukan kesilapan. Bezanya, adakah kita sang pendosa sedia untuk meminta keampunan dari lubuk hati?
“Cerita dalam Maaf adalah berkenaan situasi tengah seseorang yang bersalah, tengah berdosa, tak kisah kepada siapa, kepada kekasih, isteri, ibu bapa, atau orang tersayang.
“Tapi daripada perspektif saya, si lelaki meminta maaf kepada kekasihnya disebabkan sudah berulang kali melakukan kesilapan.
“Mesej yang ingin saya sampaikan adalah sesetengah orang sukar untuk mengucap kata maaf meskipun memang tahu dirinya bersalah. Tapi dalam apa jua keadaan, sebaiknya mohonlah kemaafan itu untuk berbaik.
Ads
“Setiap manusia melakukan kesilapan tapi minta-maaflah bagi menjernihkan sesuatu perhubungan,” katanya.
Menyentuh proses pembikinan lagu ini pula, Afif mengakui kekangan terbesar datang dalam segi masa selepas produksi drama terbabit menghubunginya.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana hasil akhirnya dapat disiapkan pada tahap yang memuaskan.
Ads
“Lirik dan lagu saya hasilkan sendiri, idea dan inspirasinya tercetus selepas saya melihat satu kejadian depan mata yang tular. Proses menghasilkannya tidaklah lama.
“Kamal Adli bertanya ada tak lagu yang boleh diguna pakai untuk drama Perempuan Tanpa Dosa, kemudian saya siapkannya dalam masa lima hari.
“Bahagian paling susah tentu sekali masa yang diberikan kepada saya amat singkat. Tapi Alhamdulillah, urusan itu dipermudahkan dengan bantuan pasukan saya, Payung dan Pedang, kami bertungkus lumus untuk siapkan lagu dari petang sampai ke pagi di studio.
Ads
“Selepas hantar demo, risau juga kalau tidak menepati permintaan pihak produksi, mujur mereka suka,” katanya lagi.
Afif mula mencipta nama selepas menyertai program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan selain pernah menyertai Mystarz LG di TV3.
Selain aktif dalam penulisan lagu, penyanyi berusia 34 tahun ini juga pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats dan Nukilan dan pernah tampil dengan lagu Sendiri bersama Kmy Kmo.
Lagu Maaf sudah boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
https://youtu.be/Y64ipEeXf_s
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa tampil memberikan penjelasan mengenai status dirinya kini selepas menjadi teka-teki ramai pihak, akhirnya figura berusia 32 tahun itu bertindak memadam entri berkenaan selepas dimuat naik pada Ahad.
Bagaimanapun menerusi satu lagi entri terkininya, Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil memberitahu dia memadam status tersebut bukanlah kerana takut.
Sebaliknya memadai buat mereka yang sempat membaca atau tahu dengan situasi yang berlaku.
“Saya delete bukanlah sebab saya takut, tapi cukuplah beberapa orang yang sempat baca dan tahu situasi yang berlaku.
“Saya tak nak ex-wife saya terganggu. Biarlah tamat begini kisah kami. Doakan kami dengan jalan yang lebih Allah luaskan selepas ini, amin,” tulis lampiran yang tertera.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, Alhamenjelaskan niatnya adalah untuk memaklumkan dia bukan lagi bergelar suami.
“Kepada netizen, cakap lah selagi mampu, fitnah n kutuk la sy selagi daya,..kepada exwife, sy diam n berhenti disini bkn maksud sy kalah,tp cukuplah niat sy nak bgtau org yg awak bkn lagi isteri sy.
“So tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak, biar sy terima semua ni..org akan mengata sy macam2 tapi allah ada. Semoga awak dpt pengganti yg baik,aminnn,” doanya.
Hos dan pelawak terkenal, Jihan Muse menerusi Instagram ada menitipkan dedikasi sebagai penghormatab terakhir buat rakan, Abam Bocey yang telah pergi mengadap Illahi dua hari lalu.
Menerusi perkongsian kapsyen di Instagram yang dikemas kini, ibu kepada seorang cahaya mata itu reda atas berita dukacita yang diterimanya.
“Nak menulis tak tertulis. Nak berkata tak terluah. Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti. Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung.
”Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang redha. Melatih diri untuk mengingatkan masa sendiri. Belum surut rasa yang satu ditambah lagi pilu yang satu begitulah seterusnya nanti hingga tiba waktu sendiri.
”Waktu yg sudah tiada rasa. Mungkin ada rasa tapi tiada siapa yg tahu rasa yg apa. Berulang lagi sakit dada perit menanti pecah ibaratnya. Allahuakbar.
”Seorang lagi nakhoda pergi meninggalkan anak2 kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yg abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki.
“Kita baik ramai sayang. Moga ada ruang di dalam ‘kita’. Allahummafirlahu warhamhu waafihi waafuanhu,” tulisnya puitis.
Serentak dengan perkongsian yang sudah pun mendapat lebih 30,000 tanda suka itu, para peminat turut sedekahkahkan al-Fatihah dan mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak, pagi Isnin.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!