Hiburan

“Kamal Kata…Bagitahu Mereka Kita Beli Bazooka,” – Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Bergolak

Share

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangganya bersama suami yang juga merupakan pelakon, Kamal Adli kini sedang bergolak.

Menurut Uqasha, setiap pasangan rumah tannga pasti melalui cabaran tersendiri dan itu merupakan lumrah dalam perkahwinan.

Katanya lagi, dia dan Kamal masih lagi berusaha untuk menyesuaikan diri selepas kehadiran cahaya mata pertama.

“Pada saya, semua orang melalui fasa naik dan turun di dalam berumah tangga. Tidak semua perkara baik dan buruk harus dikongsikan.

“Selagi tak sampai tahap kena pergi mahkamah atau bercerai, pada saya ini perkara biasa dan asam garam dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri.

“Nak kata bahagia setiap masa itu tidak. Nak kata sedih memanjang pun tidak. Lagipun, kami kini di fasa menyambut bayi pertama.

“Sudah tentu masing-masing ada cabarannya. Ada yang perlu bekerja dan ada yang kena jaga anak. Segalanya merupakan pengalaman kali pertama,” katanya kepada MH.

Uqasha berkata sedemikian ketika ditemui di set penggambaran filem Bisikan Dosa di Kuang, Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, Uqasha turut menegaskan dia dan Kamal akan berusaha mempertahankan perkahwinan walau apa juga cabaran yang mendatang.

“Saya pun tak tahu kenapa isu ini timbul dan ada yang buat spekulasi. Kata orang, ajal dan maut ini ditangan Tuhan. Kalau kita berkeras menidakkan, tiba-tiba nanti Allah uji.

“Sekuat mana kita perlu pertahankan rumah tangga itu semua berbalik kepada diri kita sendiri dan pasangan.

“Setiap pasangan pasti akan melalui ujian. Nak bertahan itu memang bukan mudah. Ditambah pula dengan mulut-mulut orang luar yang berkata macam-macam.

“Apapun, mental kita kena kuat. Saya pula baru sahaja melahirkan anak. Bila sudah bergelar ibu, emosi saya paling penting. Perkara-perkara kecil ini saya tolak tepi,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada hubungan rumah tangga mereka terkesan selepas terpalit dengan isu sebegini, Uqasha memaklumkan dia dan suami tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius.

“Saya ada bercakap dengan Kamal. Kenapa ada orang kata hubungan kita bergolak? Kamal sempat bergurau dan kata, biarkan sahaja. Bagitahu mereka kita beli dua bazooka. Kita hari-hari gaduh dekat rumah.

“Itu yang mereka nak dengar kan. Kami hanya gelak-gelak sahaja dan tidak ambil serius pun,” katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata, anaknya, Hawra Uqaira kini ditahan di hospital berikutan Influneza A, bagaimanapun tetap berusaha berulang-alik ke hospital walaupun sibuk menjayakan penggambaran filem Bisikan Dosa.

“Anak berada di hospital disebabkan Influenza A. Ikutkan, saya tak datang, tapi saya kena datang juga kerana saya sudah cuti dua hari.

“Saya dan Kamal tidur di hospital menjaga anak. Sekarang, anak masih dalam pemantauan.

“Hari ini (semalam), mama dan kakak tolong tengokkan anak di hospital,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose

Published by
Aizam Manaf