Penduduk sebuah kampung di daerah San Luis, tengah Argentina digemparkan dengan kelahiran seekor anak kambing dengan muka yang menakutkan.
Kambing itu dikatakan memiliki rupa mengerikan seperti ‘syaitan’ dan mendapat perhatian ramai pihak sehingga ianya tular di media sosial.
Pemilik kambing itu, Gladys Oveido mengakui dia sangat terkejut melihat rupa kambing yang baru dilahirkan di kebunnya itu yang mempunyai mata seolah-olah tersembul keluar.
Kata Oveido anak-anak kambing yang lain semuanya kelihatan normal, namun anak kambing malang itu sahaja yang mempunyai kecacatan di muka. Ia sesuatu yang jarang berlaku.
Namun, anak kambing malang itu mati sebaik sahaja dilahirkan.
Disebabkan kelainan itu, anaknya memuat naik gambar itu di media sosial sebelum tular, bagaimanapun tindakan itu mendapat reaksi penduduk kampung lalu bertindakmembuat laporan polis kerana bimbang kelahiran anak kambing tersebut akan membawa basib buruk kepada mereka.
Polis juga telah menghantar seorang pegawai ke kebun Oveido untuk merekod penemuan aneh itu.
Bagaimanapun pihak polis tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan luar biasa tersebut.
Sumber : Global News
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com
atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]