Categories: Uncategorized

“Kami Ada Anak. He Still Needs His Father. Harap Fikiran Jangan Terlalu Kolot,” – Bella Astillah Bersuara Fasal ‘IG Live’ Dengan Bekas Suami, Konon ‘Nak Glamor’

Share

Gara-Gara ada melakukan sesi ‘Live IG’ bersama bekas suami, Aliff Aziz, Bella Astillah mendapat reaksi pelbagai netizen, termasuk ada yang membuat telahan bahawa penyanyi dan pelakon ini sengaja mahukan perhatian.

Malah, ada yang turut menasihati dan meminta Bella agar tidak lagi melakukan perkara sama.

Terdahulu difahamkan, sedutan sesi tersebut turut dikongsi pengguna Twitter yang pada awalnya sebak dengan aksi dua bintang yang pernah bergelar suami dan isteri itu.

Bagaimanapun, menerusi Insta Stories milik ibu tunggal ini, Bella ada memberitahu apa sahaja perkara yang dilakukan adalah haknya dan netizen berhak untuk berkata apa sahaja, sama ada untuk raih glamor atau sebagainya.

“Apa yang saya mahu buat itu semua adalah hak saya, termasuklah Instagram saya. Soal netizen cakap tentang nak glamor atau sebagainya adalah hak masing-masing. Yang penting saya tahu niat saya.

“Mungkin menjadi lumrah orang-orang selepas bercerai kalau boleh tak nak bersua muka atau bermusuh. Maaf, tidak saya. And excuse me tiada siapa yang kahwin untuk bercerai. Bercerai itu perih tapi itulah takdir yang harus diterima,” maklum Bella.

Malah, kakak kepada Didie Astillah ini juga mengakui dalam hal ini, mereka masih mempunyai anak yang memerlukan kasih si bapa.

“In my case, kami ada anak, Ayden. He still needs his father. Harap sangat fikiran jangan terlalu kolot. Kita berhubung baik adalah untuk anak dan siapa tahu kalau memang masih ada jodoh?

“Hidup, ajal mati, perpisahan semuanya bukan di tangan kita. Lebih baik kita perbaiki diri, cermin diri daripada ambil tahu tentang perkara yang tidak membawa manfaat kepada diri. Semoga menjadi iktibar,” tulisnya panjang lebar.

Kembali mengimbas, Bella dan penyanyi asal Singapura itu diijabkabulkan pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang mencecah usia dua tahun kini.

Bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei lalu.

Foto: Carian Google/Instagram Bella Astillah

Published by
MH