Isteri kepada Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila menyifatkan akui dirinya tidak nampak usaha suaminya untuk berbaik demi menyelamatkan perkahwinan yang dibina.

Usahawan yang juga kakak kepada hos terkenal, Neelofa terdahulu berkata demikian sejurus sebutan kes perceraian dengan suaminya itu, seperti yang dipetik Harian Metro.

Sementara itu, prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan itu turut menyaksikan wakil dalam proses timbang tara (hakam) yang dilantik kedua-dua pihak gagal mencari kesepakatan sekali gus mahkamah menggugurkan hakam yang diwakili.

Lalu, mahkamah menetapkan 27 Februari depan untuk melantik hakam baru.

Dalam proses itu, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

“Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan jika Sharnaaz melafazkan cerai, tapi disebabkan proses yang berlangsung ini perceraian tidak dapat dibuat.

“Saya memang tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Sepatutnya kedua-dua belah pihak faham yang kita boleh teruskan kehidupan masing-masing.

IKLAN

”Dia sudah menjalani kehidupan hampir setahun tanpa isteri, begitu juga dengan saya ,” katanya seperti yang dipetik.

Menurutnya lagi, kes keretakan rumah tangga mereka tidak sepatutnya dipanjangkan memandangkan mereka ada anak yang perlu dibesarkan bersama.

“Kami ada anak, jadi tak payah dipanjangkan atau ada pihak terasa hati. Saya rasa lebih baik teruskan kehidupan, berbaik-baik untuk besarkan anak tanpa ada rasa dendam atau marah.

“Namun, apa yang membuatkan saya tak faham apabila pihak sana tergamak buat macam ini (memanjangkan kes).

IKLAN

”Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan tapi apa usaha yang dia buat? Saya memang sudah tawar hati dan tidak nampak sebarang usaha daripada pihaknya untuk kembali bersama saya,” maklum Nabila lagi.

Sementara itu, Sharnaaz ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

“Tiada apa nak cakap,” katanya ringkas.

IKLAN

Dalam prosiding berkenaan, Noor Nabila diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Sharnaaz diwakili Datuk Akberdin Abdul Kader.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai mereka.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Bagi prosiding JKP, Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil sementara Nabila melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini mencecah usia setahun.

Sumber/Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI