Selain barisan peserta, gandingan tiga pengacara di atas satu pentas program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) turut menjadi isu seterusnya menerima reaksi pelbagai peminat.

Ada yang menyambut baik malah tak kurang yang kurang gemar dengan gandingan ketiga mereka yang disifatkan sebagai ‘meleret-leret’ setetusnya meluahkan perkara tersebut di media sosial sejak saingannya dibuka, Ahad lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya akan mengambil maklum setiap pandangan bagi penambahbaikan program tersebut.

“Selepas konsert minggu pertama ini kami akan ambil maklum semua komen yang diberikan. Kami akan ‘bedah siasat’ dan lihat apa yang terbaik boleh dilakukan untuk minggu yang akan datang.

Ads

“Antara pembaharuan yang boleh dilihat adalah mungkin dengan pembahagian pengacara secara bergilir-gilir,” katanya pada sidang media ASGV.

Sementara itu, Norzeha turut mengulas mengenai kejutan produksi yang mengumumkan Liza Hanim sebagai peserta keenam ‘hot seat’, sekaligus melengkapkan senarai 16 peserta.

Sebelum ini, peminat dimaklumkan mengenai hanya lima bintang yang bakal memenuhi ‘hot seats’.

Ads

Ads

“Sebenarnya pihak produksi memang bercadang untuk memilih 16 peserta bagi menyertai program ini walaupun pada awalnya kami beritahu hanya lima ‘hot seat’ ditawarkan.

“Melihat jumlah peserta yang ramai pada penganjuran kali ini, setiap peserta hanya diberikan durasi dua minit 30 saat untuk membuat persembahan terbaik. Selebihnya tiga hos utama ini akan meriahkan program ini,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI