Meski berbeza aliran dan fahaman muzik, siapa sangka pasangan selebriti, Stacy dan Akim berjaya mencuri perhatian pencinta muzik lokal apabila lagu duet mereka, Aku Kau Dan Muzik yang dilancarkan pada 14 Februari lalu mendapat reaksi positif ramai.

Malah, lagu ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik yang juga Akim dan Stacy dan Freddy itu lain dari lain kerana ia menceritakan kisah mereka yang berjuang dalam aliran sama dan kemudian mendirikan rumah tangga atas nama cinta.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam berkata, lagu itu dianggap istimewa kerana dihasilkan dari dalam hati selain prosesnya yang teliti.

“Lagu ini sudah lama disiapkan iaitu sejak Ogos tahun lalu. Tapi, disebabkan kami terbabit dalam program Mentor 2019, jadi projek ini tertangguh. Awal tahun ini baru kami ada kelapangan untuk memulakan proses rakaman.

“Melodi siap dulu dan baru saya tulis lirik. Selepas itu, baru dapat tajuk dan kami sepakat pilih tajuk ini. Tidak dijangka pula, melodi dan lirik kena dengan kami yang mana bertemu dalam bidang ini.

“Lagu ini dihasilkan ikhlas dari dalam diri kami yang mana ekspresi kami sebagai suami isteri. Disebabkan itu, kami cukup teliti dari semua sudut termasuk rentak, melodi dan muzik,” ujar bintang berusia 30 tahun itu.

Ads

Lebih menarik, lagu itu juga adalah terbitan sulung dan sepenuhnya syarikat mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R Entertainment).

“Kami Akan Bercuti Dan Karaoke Untuk…,” – Lagu Duet Dengan Stacy Menjadi, Akim Ahmad Akui Gandingan Sama Isteri Saling Melengkapi

Sementara itu, Akim pula mengakui, dia dan isteri tidak menjangka penghasilan lagu itu lebih mendalam sekali gus memberikan warna baru dalam muzik mereka.

“Apabila lagu ini siap sepenuhnya, saya menganggap ia magis. Memang tidak menjangka sama sekali hasilnya boleh pergi sedalam ini.

Ads

“Mungkin ini berkat kerjasama kami dan Freddy yang bersama-sama ‘monitor’ proses penghasilan lagu ini dari awal sampai habis. Apa yang diinginkan dalam lagu dapat dipersembahkan.

“Sejujurnya, gabungan saya dan Stacy dalam bidang bidang penulisan lagu ini adalah saling melengkapi. Saya akan bertanya dan meminta pandangan daripadanya. Apa yang dirasakan kurang dia akan tambah,” katanya.

Disebabkan itu, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret tidak menafikan dia kian selesa bekerjasama dengan isterinya sebagai pasangan komposer.

“Sejujurnya, kami selesa bekerjasama. Apatah lagi, sekarang kami banyak luangkan masa bersama. Proses nak buat lagu bukan mudah. Perlukan masa untuk mendapatkan idea.

Ads

“Jadi, ada ketika kami akan bercuti dan berkaraoke bersama untuk mencari inspirasi. Apabila masing-masing dapat idea, kami akan gabungkan,” katanya lagi.

Selain sibuk dengan projek lagu sendiri, Stacy dan Akim juga dalam proses menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi di bawah syarikat mereka.

Antaranya, Rika Mentor 2019, Sharul Kamal, Seven Days dan Dr Hafiz Zainal.

Single Aku Kau Dan Muzik itu sudah boleh didengar dan dilanggan di semua platform digital muzik dan lirik videonya juga boleh ditonton di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.

https://youtu.be/9M-UyazR3oM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI