Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman tidak menyangka niat untuk membantu seorang Tik Tokers yang juga orang kelainan upaya (OKU), Mass Factor didakwa bertukar menjadi hal peribadi.
Menurut Zoey, dia hanya ingin membantu Mass untuk sama-sama menjana pendapatan, namun situasinya mulai berubah.
“Bila berjumpa dengan Mas, kami seperti ada keserasian dalam membuat jenaka di TikTok. Malah, ada peminat yang sanggup tonton sesi live TikTok kami sampai habis sehingga lewat pagi.
“Tiba-tiba hal ini jadi personal pula. Kemudian, saya terangkan kepada dia yang kita hanya sekadar kawan.
“Padahal baru seminggu kenal. Jumpa pun tidak lagi tapi dah ajak untuk jadi pasangan. Selepas itu, dia sekat saya di media sosial.
“Sejak itu, ramai yang menjadi batu api bila masing-masung buat sesi siaran langsung di TikTok. Mungkin mereka tidak selesa melihat kami. Namun, di bulan Ramadan ini, kami sudah mula berbaik,” katanya.
Ads
Zoey berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Mika Series & Sambal Nengar di Palmierra 28, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pada masa sama, bekas pengacara program Gerak Geri Gasing ini akui khilafnya yang dikatakan terlebih mesra sehingga membuatkan orang mudah jatuh hati kepadanya.
“Ada yang kata saya memberi harapan. Cara saya bercakap dengan dia seperti adik sendiri. Kalau dengan teman wanita, lain caranya.
Ads
“Memang beginilah cara saya bercakap. Kalau nak kata silap saya, saya akui juga.
“Mungkin selepas ini saya akan bercakap dengan cara yang lebih santai. Tiada manja-manja lagi,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Zoey memaklumkan dia akan bertemu dengan Mass di Singapura pada hujung bulan ini.
Ads
“29 Mac ini, saya ada program di Singapura. Dia nak jumpa saya di sana. Katanya, dia nak beri hadiah istimewa seperti lukisan, pakaian dan macam-macam lagi. Katanya, ia merupakan satu tanda penghargaan.
“Saya pun tak sabar nak jumpa dia. Keadaan dia juga sukar untuk bergerak. Dia tak boleh berjalan dan hanya boleh mengensot. Ada kerusi roda khas untuk dia bergerak.
“Dia sanggup menyewa van semata-mata nak ke program tersebut. Dia ada kesungguhan yang tinggi,” akhirinya.
Terdahulu, Zoey terharu apabila bisnes kosmetiknya, Mika Series mendapat sambutan menggalakkan sehingga mendapat slot eksklusif di kedai produk penjagaan kesihatan, Watson.
Pada majlis sama, Zoey turut melancarkan bisnes Sambal Nengar merangkumi tiga produk iaitu Sambal Bilis Petai Nengar Premium, Daging Dendeng Nengar Batang Pinang dan Sambal Belacan Nengar Exclusive.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Era, Hani Fadzil berkongsi beberapa video dia menjadi hos kepada satu grup Korea Selatan, Born To Beat (BTOB) di laman Instagramnya.
Namun apa yang menarik perhatian apabila video tersebut ada menunjukkan dia termelatah di hadapan idol tersebut.
Kejadian bermula apabila salah seorang ahli grup tersebut, Sungjae terjatuhkan mikrofon menyebabkan Hani yang ketika itu berada di sebelahnya terus melatah.
“Sungjae dropped his mic next to me & i had to melatah “Opocot Jatuh” & they started imitating me.
“Hahaha WHO ON EARTH WOULD’VE THOUGHT THAT I WOULD BE THE ONE TEACHING BTOB ABOUT OUR MELATAH CULTURE. If my mama was around sure dia bebel sebab takle bawak majlis hahaha oops,” tulisnya di kapsyen.
Selain itu, Hani turut berkongsi beberapa video lain menunjukkan dia mengajar idol-idol tersebut bahasa melayu, antara perkataan yang menjadi kegemaran grup tersebut adalah ‘leklu’, cepat sikit dan argh stress.
Pelakon, Erynne Erynna telah selamat melahirkan anak pertamanya secara normal pada pagi Isnin.
Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh Erynee atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada masa sama, bintang filem Congkak itu turut mendedahkan nama bayi perempuan yang baru dilahirkan.
“Alhamdulillah, syukur segala puji bagi Allah. I am beyond grateful for everything. Medinah, was born on the 9th of August 2020 at 2:31am.
“Subhan’Allah, it was indeed the most magical, wonderful, happiest and extremely painful but bearable day in my life (that I won’t lie about).
“And thank you so much everyone for all your kind doa’s and wishes, i am truly blessed #alhamdulillah #naturalbirth #normaldelivery #babygirl #augustbaby,” tulisnya.
Barisan 12 lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) telah pun diketahui malam tadi dan rata-rata peminat memberikan reaksi dan pandangan masing-masing.
Malah, ada juga yang memberi reaksi terhadap persembahan para penyanyi yang membuat persembahan dalam siangan ketiga Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35).
Antaranya yang mendapat perhatian peminat ialah persembahan daripada Aina Abdul menerusi lagu Semalam.
Tampil berseorangan di atas pentas ketika mengalunkan lagu ciptaannya sendiri itu, penampilan Aina nyata mencuri pandang dengan alunan vokal yang baik.
Malah menerusi video persembahnnya yang dimuat naik di saluran YouTube TV9 Malaysia Offcial, rata-ratanya memuji nyanyian Aina dan menyambut baik pemilihan lagu berkenaan untuk sama-sama bersaing di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Selain Semalam, ini 11 buah lagu lagi yang turut layak ke AJL35 yang bakal berlangsung pada 7 Februari depan;
Belenggu Rindu – Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita
7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta
Hati – Hael Husaini
Peluang Kedua – Hael Husaini
Hutang – Floor 88
Kau Sakiti – Amir Masdi
Gundah – Ernie Zakri
Gila – Kaka Azraff, Noki & Tuju
Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter
Eh – Zizi Kirana
Aku Bidadari Syurgamu – Aishah
Kesemua lagu yang layak diadili juri-juri profesional yang dibarisi Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!