Sekeping foto yang dikongsikan pelakon dan pelawak, Zizan Razak pada Isnin mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi Instagram, Zizan memuat naik foto yang dirakam berdua bersama hos, Hawa Rizwana yang lengkap bertelekung.
“Harap semua bertenang. Nanti kami akan war warkan. Kami janji,” tulis Zizan pada ruangan kapsyen.
Meski mereka dipercayai sedang terbabit di dalam satu projek seni bersama, namun muat naik foto terbabit pantas menerima reaksi pelbagai peminat.
Malah, ada di antara rakan artis yang turut berseloroh, meninggalkan komen mengusik buat keduanya.
“Muka sama. Jodoh dah tu,” komen Ruhainies.
“Approved,” kongsi Nabila Razali.
“Kami tumpang gembira,” seloroh Achey.
“Yes setuju,” komen yang tinggalkan pelakon, Falisha Crossley.
Sehingga kini, hantaran terbabit sudah pun menerima lebih 56,000 komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI